Showing posts with label tema. Show all posts
Showing posts with label tema. Show all posts

Sunday, 20 December 2015

EPILOG

debaran kian terasa , hari pertandingan semakin hampir, aku dan ahli pasukan yang lain masih lagi terus berusaha untuk menamatkan perjuangan kami ke level yang terakhir. alhamdulilah formasi lagu semua sudap mencapai 98% sehari sebelum pertanding. 

bertempat di stadium alor star yang menjadi saksi pancaran sek men keb che tom membuat brass band formasi membawa lagu bunga-bunga cinta, midley dan aku terlupa satu lagu lagi. maaf .

melihat pancaragam dari sekolah yang lain amat mengoncangkan hati kami yang semakin takut apabila terasa merek perform better than us. 

setelah seharian kami berkampung di stadium akhirnya keputusan telah diumumkan dan alhamdulilah sekolah menengah kebangsaan che tom berjaya tempat ketiga katogeri divission 2. 

tamat sudahlah segala kenanga pahit manis yang telah mengajar sesuatu dalam kehidupan aku. 
aku berpuas hati dapat kembali kan ketawa cikgu zul. 
sebelum bertolak ke stadium. bersama leader





Thursday, 10 December 2015

PROLOG

seminggu sebelum pertandingan brass band peringkat negeri kedah berlangsung, band aku mengalami masalah dalaman, hmmm keretakan murah tangga atas beberapa sebab yang tidak munasabah bagi, percaya atau tidak kami hanya ada masa seminggu sahaja untuk membuat persiapan termasuk pemilihan lagu, farmasi , pakaian dan lain-lain sampingan. jadi adakah cukup seminggu itu ? ini bukan masalah last minute tetapi the problem is when everyone in my team not give the best cooperation, they just take easy about this battle. 

take a deep breath and close my eye for a minutes and said i can do it. 

langkah pertama aku adalah round table. semua jawatankuasa face to face dan berbincang malam tu, apa masalah kami. agak tegang pada malam tu tetapi alhamdulilah semua dapat dikawal. jadi jawatankuasa bersatu hati kembali ! 

kami memulakan dengan latihan yang lebih serius dan sepanjang seminggu kami hanya untuk latihan pancaragam sahaja. bahagikan untuk orang yang urus kelengkapan pakaian serta alat music. 

bersambung.........


Thursday, 3 December 2015

NAK NOMBER

Assamualaikum dan salam cinta semua ,

Kali ni nak throwback sikit, hah zaman sekolah rendah or zaman sekolah menengah dulu kan.
Korang masih ingat tak ayat ni “nak nomber boleh?” lebih kurang macam tu lah. ni adalah taktik mengorat si dia tahun 2008. Hahaha

Korang semua jangan menipu ehh kalau tak pernah minta cakap nak number mana-mana perempuan or lelaki kat sekolah tu, aku dah lalui zaman tu, zaman nak number.
Zaman nak number ni seronok jugak sebenarnya sebab kita boleh tengok  orang yang gigih nak number kita sampai sanggup buat macam-macam.

Contohnya lah kat sekolah dulu lah time tu sekolah aku ada buat seminar luar lah then aku sendiri lah terjumpa dengan seseorang lelaki ni ya tuhan tak kuat tengok senyuman dia tu. Hahaha time entah aku pown tak tau tetiba terasa nak number dia. Mesti lah nak try dia ann . in short, sebenarnya tu jiran kawan aku jer…  see it game right ? so I got a gold chance to next level.

But my friend was not  giving me the number easily guys, so bad. I have to follow all her order in a week then she gave me. Hmmm sangat tidak membantu ini kawan.
Nasib lah dia ni ada perasaan jugak. Aku ikut jer apa yang disuruh, teman dia g outing ajar dia math belikan makanan kat dia, dan yang paling best dia ajak aku balik rumah dia which is berjiran sengan lelaki tadi tu. Maigaddd gaiss dapat jumpa lelaki senyum comel lagi ! I so excited !

From that time I became a good stalker person. Haha then my friends pown gave me that guy number.  Tapi aku tak mesej or call pown lelaki senyum comel tu sebab malu.
 Tak nak jadi perigi cari timba.
Just kept in my phone contact.

Itulah cerita nak number aku, okay semua , stop right here,
Stay cool and always big smile .

I love you all  !

Monday, 23 November 2015

ABAH SAYANG

rindu abah sayang 
assalamualaikum dan salam sayang semua,

selamat hari lahir abah
selamat hari lahir abah 
selamat hari lahir abah
selamat hari lahir abah

sebab semalam birthday my abah 22.11.1965,

nama penuh abah aku mansor bin din, dilahirkan di pulau pinang, orangnya tinggi lampai, hitam manis, hensem tak yah cakap ah, kalau tak hensem mana mungkin mak aku tak kuat. *gurau sahaja*

okay abah bukan seorang akauntan, bukan doktor, bukan pesyarah, bukan polis, bukan kerja kerajaan or whatever perkerjaan lain. tapi abah kerja sendiri. hmmmm abah pernah jadi pemandu lori waktu aku kecil dulu, tapi abah cakap dia penat so kitorang pun berpindah ke tempat aku mengenal dunia sekarang iaitu kampung padang tok sora merbok kedah. abah pun bukak business perkhidmatan cuci kereta. jadi itu lah punca rezeki abah untuk menyara kami sekeluarga. 

abah kerja dari pagi sampai petang cuci kereta,setiap hari tanpa cuti tapi adalah dibantu oleh beberapa orang pekerja abah, cuci kereta weh, aku pernah sekali acah2 nak tolong abah basuh kereta customer ni, ya tuhan ku penat kau tahu even satu kereta pown sebab manual. aku pown menangis sebab kesian plus sedeh tengok abah aku pekerja untuk kami sekeluarga.

sepanjang aku hidup 19 tahun ni aku tak pernah sekali rasa lapar. semua kelengkapan keperluan aku abah tunaikan, alhamdulilah. tapi aku boleh bayangkan macam mana struggle abah untuk aku n abang n adik aku semata mata nak tengok kami bahagia, abah tak pernah tunjuk dia ta da duit, biasalah business kan tak semestinya untung ada rugi nya. 

aku tetap bangga dengan abah sebab even abah buka car wash pun abah tetap insan yang bagi pekerjaan kepada orang kampung aku yang ta dak kerja tu. sistem di car wash abah aku senang, sapa nak berkerja dipersilakan and untung harian bahagi sama-sama. see abah aku baik ingat orang yang sama yang perlukan duit. 

pernah sekali aku nampak duit dalam wallet abah aku tinggal rm100  masa hantar aku registered hostel waktu tingkatan satu, hanya Allah ja yang tau perasaan aku time. rasa macam nak berhenti sekolah kowt sebab nak tolong abah cari duit.  tapi abah aku relax je buat muka selamber macam ada duit sebab taknak kitorang risau. 

abah selalu pesan "kalau orang buat kita biarkan jangan balas dendam" mungin abah tahu anak seorang yang agak meleting kalau orang kacau hidup aku.

abah. yes abah banyak ajar aku erti ketabahan dan pengorbanan. 
sebab abahlah juga aku kat sini,
 sebab abah juga lah aku kuat
sebab abah juga lah aku tahu erti sabar
sebab abah aku berdiri sampai sekarang
dan suatu hari nanti sebab abah juga lah aku akan berjaya. 

terima kasih abah sebab sanggup besarkan anakmu yang banyak ragam ni
terima kasih abah sebab ajar erti tidak putus asa
terima abah sebab bagi anakmu duit poket
terima kasih abah untuk segala-galanya 
terima kasih abah .
terima kasih abah
terima kasih abah

ayat yang selalu abah aku cakap 
"belajar rajin-rajin nanti tolong abah"
"kalau sayang abah tutup aurat"
"kalau sayang abah ingat Allah"
this broken my heart again 

moral of the story
# setiap ayah adalah insan yang terbaik dan tidak pernah kenal erti penat.
# hargailah ayah abah papa baba walik daddy selagi mereka ada untuk tersenyum dengan disamping kita.
#jangan sesekali marah ayah korang ! ingat !

selfie curi-curi dengan abah sayang











Thursday, 19 November 2015

EMOSI

assalamualaikum ....

marah, takut, gentar, gembira, sayang, and so on semua ni adalah emosi 

ya aku mengaku emosi aku tengah terganggu sekrang dengan bermacam macam benda hal kerja yang harus disiapkan apabila tiba saatnya, 12:39 p.m aku tengah update blog dengan beremosi sebab baru lepas midterm math. soalan yang sangat meragut emosi . 

emosi adalah perasaan. perasaan adalah emosi. jadi kita kawal agar tidak membawa kepada perkara yang tidak diingin atau dalam erti kata lain kesan negatif emosi. 

ada orang pandai mengawal dan bermain dengan emosi,
ada orang yang tidak kisah dan mengikut sahaja emosi

jadi kita yang sama ? 

control your emotion or it will control you




Monday, 16 November 2015

CUTI

Assalamualaikum dan salam mesra semua,

I love holiday, sangat. Midsem break kali ni aku punya  cuti kurang 3 hari sebab g kemsis tu kan. So berbaki 6 hari sehaja. Sampai rumah hari isnin petang then terus g  window shopping and makan2 dengan family, lepas rindu lahhhh….
Keesokan harinya kami sekeluarga bertolak ke pulau langkawi. Heheh langkawi island is my hometown sebenarnya, senang lah boleh balik kampung plus short vacation lah.. tak semua tempat kat langkawi aku pernah pergi.



Hari first kat sana just rest at my grama home only, tapi aku belajar masak tauu.. heheh mesti tak percayakan ,, my kakchik ajar masak  macaroni cheese and cheese kut. Senang jaa. Letak ni letak nu letak tu dah jadi.



 second day keluar jalan kat pekan kuah, we are lunch at dataran lang. makan nasi ayam . tapi serius sedap gila ayam sebabnya cara masak ayam tu beza dari yang selalu. Meh nak kongsi sikit, owner tu yang cerita sendiri tau , jeng-jeng, hahaha . okay mula2 dia kukus ayam tu dengan madu then baru dia goreng tapi goreng kejap jer tak lama. Perggghhh lembut sangat .




Lepas makan macam biasa lah mak aku tu semua kedai pinggan mangkuk nak masuk idaman suri lah ram lah sampai complex haji ismail group pown kitorang singgah jugak. So nak bagi suggestion lah if nak shopping barang2 pekakas dapur ni kan *for mother2 lah better pergi idaman suri sebab dia punya design cawan pinggan mangkuk sudu garpu sendok dulang and so on lahh memang design yang latest punya credit cantik dan harga berpatutan. Ismail group pulak tempat yang paling sesuai nak borong coklat. tapi kena struggle control nafsu lah.

Bagi yang minat kasut sport yang berjenama tu  serius boleh beli kat langkawi murah sebab tak dikenakan cukai . alah lupa lah nama tempat tu *sorry  tapi area jetty point jugak lah. Bab pantai pulak jangan risau sebab semua pantai kat langkawi cantik lagi indah nyaman segalanya.

Malam pulak kami keluar makan dekat restoran 1 malaysia berdekatan dengan dataran lang jugak lah.

hah kau jangan terkejut tengok air memang ada kelainan . hiraukan itu model tak bertauliah





  


Wednesday, 4 November 2015

NAFSU




assalamualaikum dan salam sayang semua !

post kali ini kita akan berbicara atau berbincang tentang nafsu. first of all, what is nafsu ? nafsu adalah satu dorangan dalaman manusia yang telah wujud atau fitrah manusia untuk mendapatkan apa sahaja yang diingini atau keseronokan di dunia semata-mata. macam yang akak cakap pernah tekankan sebelum ni sesuatu perkara mesti ada positif dan negatif. 

jadi sekarang kita melihat nafsu dari sudut negatif dahulu. nafsu yang negatif akan membawa manusia ke lembah maksiat atau kesusahan jika manusia tidak mampu untuk menahan atau menangani nafsu dengan baik. mereka akan mengikut hawa nafsu supaya memenuhi segala kepentingan diri masing-masing. sebagai contoh yang ringkas dan semua boleh memahami adalah nafsu kemaksiatan. kalau kita lihat berapa ramai remaja diluar sana yang kecundang dengan nafsu sendiri dan akhirnya terjatuh ke lembah kehancuran dimana mereka telah memusnakan masa depan mereka sendiri. semuanya disebabkan nafsu berpasangan bawah umur. 

manakala dari sudut positif pula amat jelas nafsu dapat memberi kesan yang baik kepada setiap individu. nafsu akan mendorang sesorang itu untuk terus berusaha dan sanggup berkorban untuk sesuatu. contonya jika seorang pelajar itu mempunyai nafsu yang baik iaitu ingin berjaya, pelajar itu akan terus mempunyai nafsu baik iaitu belajar belajar dan belajar. ini akan membaca faedah  kepada diri pelajar tersebut. 

disini akak kongsikan doa yang patut diamal dalam seharian .




 moral of the story
# belajar untuk tidak melayan nafsu jahat
#dekatkan diri dengan Allah 


Wednesday, 28 October 2015

MAKANAN

assalamualaikum dan salam sayang daripada saya

theme was given is food . yes food . F.O.O.D. yeahh i know everyone love food.
 *terbayang burgerbyte* yuummmyy sangat u all !
everybody knows that food is the part of basic need to living thing. food is very important to us for gain energy and increase our metabolism in daily life. there are a lots type of food in the world whether the original recipe or have been change by human which is love food a lots. for example nasi lemak, roti canai, mee goreng mamak, teh tarik,laksa, bihun sup, gearbox, roti john, murtabak, asam pedas, rendang tok, kuih seri muka, and last pasembor penang nohh. tak malaysian lah beb kalau tak pernah makan semua ni. pergi duduk megara jiran sana. haha


nak belanja betul2 tak kesampaian jadi belanja gambar pown boleh [ aiskrim kelapa ]

okay akak just nak sentuh beberapa isu yang lazim pasal makanan.

kalau dulu kebanyakan orang makan sebab nak tambah tenaga, tetapi dalam era serba terlebih canggih ini *alhamdulilah* tuhan telah banyak memberikan kita kesenangan dan kemewahan dari segi makanan sehingga sampai satu tahap manusia makan bukan untuk kenyang tetapi untuk memuaskan nafsu atau kepuasan. ya tidak salah bagi kita mencari kepuasan dengan makanan yang sedap-sedap tetapi hendak lah berpada agar tidak terlibat dengan amalan syaitan iaitu membazir.

sekarang ni mahal dik oii nak makan pown ada gst wehh, korang tak nak ke berjimat cermat sikit  dengan cara order makanan yang betul2 korang nak makan < if makan kat luar lah> . ada dua faedah yang korang akan dapat .1. tak jadi kawan syaitan 2. jimat duit anda .

lagi satu kalau adik2 pesan makanan tu cuba habiskan makanan tersebut jangan makan sikit sahaja then acah2 kenyang nak diet bagai. adik makanan adik bayar guna duit ibubapa adik. kesian diorang cari duit pagi petang siang malam nak bagi adik duit tapi senang2 je adik buang makanan tu. makanan yang adik beli tu adalah hasil titik peluh kedua ibupada adik tau jadi kalau sayang parent korang jangan membazir makanan walaupun adik anak orang kaya sekali pun. makan sampai habis.
*hah kan akak dah membebel*

"saya tak boleh lah akak parent saya terlalu banyak duit sangat bersepah duit kat rumah akak, so suka hati lah nak menbazir makanan pown. that how i spend my parent money"

*bagi ja lah duit tu*

okay fine kalau macam kes ni nak buat macam ? so my suggestion try  imaging people who born in poor countries or born as refugee. contoh paling dekat yang akak boleh kongsikan adalah perlarian rohingya. diorang menjadi pelarian dalam keadaan perut kosang dan sentiasa lapar kerana langsung tidak mempunyai makanan walaupun sedikit. malah ada diantara mereka yang mati akibat kekurangan zat dalam badan . dalam erti kata lain mati sebab kelaparan. sedangkan kita disini dengan megahnya membazir makanan yang kita ada.

pernah tak adik alami keadaan sebegini ? 

tengok lah pelarian rohingya yang sedang kelaparan tanpa makanan. kurus kering adekk oii


moral of the story
^ belajar dan cuba untuk tidak membazir makanan
^ makan untuk isi perut bukan untuk nafsu
^ amalkan membaca doa sebelum makan kalau tak makanlah dengan syaitan 
















Monday, 19 October 2015

SESAL

tema minggu ni sesal, yes sangat dan tersangat lah menyesal tak study betul2 untuk lab test app com . 
ya tuhan ku ............ 

sebab aku tak study betul-betul ye memang salah saya sir sebab saya set mind saya boleh buat dan sir tak akan bagi soalan susah. 
mula2 buka pc dah buat hal. gelabah sebab tak bawa laptop n sebabnya si azzwan cakap lab tu akan berhantu bila hari lab test.

soalan tadi adalah satu tak boleh buat pasal kira BMI . yang tak boleh terima nak buat vloockup untuk blood presure status tak lepas. apa mende sihh ? aku dah try banyak kali kowt ikut nota bagai tak still sama . dan macam biasalah aku mengambil keputusan untuk meninggalkan part tu. 

tapi apa yang paling sakit hati bila soalan berkait dengan BMI . dah lah aku tak buat yang tu, so korang boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku time tu ? perghh rasa nak lari balik uk je .
 [kau ada rumah ke kat uk] 
hahaha ta de pown saja buat idea hiperbola

tapi macam biasa aku still berlagak relax seolah-olah ta da apa berlaku antara aku dan lab test . muka kena cover sis :) 
*padahal dalam hati dah menyesal separuh nyawa*


moral of the story 
! jangan expect soalan senang dan kau ambil keputusan pandai tak nak buat rivision
! dalam kelas salin nota cantik2 dan boleh buat kau faham bila nak rujuk balik
! masa itu penting





Saturday, 17 October 2015

BEBAN

Pernah aku rasa terbeban malah berkali-kali. Beban memberi aku tekanan, beban buat aku rasa diri ini lemah.  Ya aku sedia maklum dalam dunia ini kita tidak boleh lari daripada  tanggungan atau dalam bahasa kasar beban.

 Beban sesorang itu sebenarnya bergantung kepada diri sendiri untuk mentafsirkan sebagai apa. Ada orang yang berfikiran positif akan menganggap beban ini sebagai cabaran untuk memotivasikan diri mereka sekali gus mejadikan beban itu sebagai benda biasa yang harus dilalui.

Tidak terlepas juga daripada segelintir manusia yang mendefinisi beban sebagai tanggungan yang menyusahkan hidup mereka dalam erti kata lain mereka menyatakan beban ini adalah negative dan boleh membawa masalah yang besar kepada mereka.

Beban kedua ibubapa kita untuk mendidik kita sehingga menjadi seorang yang berguna

Beban pelajar adalah belajar dengan bersungguh-sungguh dan Berjaya

Beban masyarakat adalah menghadapi segala kekurangan persekitaran

Beban seorang pendidik adalah mengajar dan melayan  pelbagai jenis ragam pelajarnya

Beban perdana menteri adalah menjaga negara dari segala aspek

Beban aku pula adalah untuk membahagikan masa antara belajar dengan program kolej dan fakulti  melahirkan banyak kelebihan kepada diri sendiri dan orang lain juga.

apabila beban itu datang hadapi sahaja kerana dengan beban dapat melahirkan banyak kelebihan serta manfaat kepada diri sendiri dan orang lain juga.


Jadi Nampak disini jika kita setkan yang beban ini positif maka ia akan menjadi senang malah kita yang mengawal beban itu.  cuba untuk tidak merungut atau tidak menyatakan beban itu sebagai negative . 


Sunday, 11 October 2015

10.10

first of all i would like to wish all malaysian happy spot day ! hehe lagi 1 jam pukul 12. okay tema minggu ni ialah 10.10 hmmmmm oleh kerana hari ni bertarikh 10.10 so aku akan cerita pasal semua yang detik yang telah aku lalui hari ni . selama semester satu ni weekend aku dimulakan dengan class citra fit touch, hari minggu pown ada class hmm sangat tak best. nak tahu apa lagi tak best hmmmm aku kena jalan pegi padang dari kolej aminuddin baki hmmm jauhnya tu memang jauh ahh lebih kurang 25 minit sebabnya hari  minggu so ta da bus. mau tak mau jalan kaki lah sayang oii. sebab hari ni kan hari sukan negara so kami pown tak ketinggalan nak amek gambar ramai2 n #harisukannegara .

#fittouchmalaysia

okay lepas dah sampai kolej balik bilik kedebommmm lompat atas katil . haha acah2 penat tapi memang penat pown. masa dalam bilik tu pulak tetiba kak jannah boleh pulak bukak cerita hantu pasal histeria saka bagai ni aku dah cuak dah tapi macam biasa kita buat relax ja. #tadehalbro. disebabkan penat so secara tidak sengaja tertidur sebentar. haha sebentar ajaaa, yang paling tak leh blah bila aku mimpi pasal apa yang dicerita tadi tu. huh seramchit walaupun disiang hari. aktiviti ketiga kena tugas bmart 4 jam dari pukul 3-7 p.m . okay sekarang cerita pasal bmart pulak selalu nya hari minggu tak ramai sangat  so aku dengan aiman just relax layan youtube. then tetiba dalam pukul 6 p.m ada orang nak liminate . hahahahahaha yang ni lawak tak cerita lagi aku gelak. so aku yang liminate kertas tu sebab aiman tak pandai. aku yang acah2 pandai ni pown buatlah kerja tu then masukkan kertas yang nak liminate tu pastu kertas tu tak keluarrrr...... aku dah gelabahh kenapa kertas tu tak keluarrr tak kan magic kowt tetiba hilang .hahahaa funny . macam2 cara aku buat nak keluarkan kertas tu balik sebabnya takut mt bmart marah. a the end boleh jugak keluarkan tapi kertas tu dah rosak hmmmmm rasa bersalah gila dekat customer time tu aku terus minta maaf berkali kali. nasib baik customer tu okay je. hhmm apa aku buat ni ?

next aktiviti lepas magrib ada meeting B.O.X.S stand for bmart online eksklusif sell. boxs ni macam bmart akan menjadi orang tengah untuk korang nak jual barang terpakai yang dah tak nak guna tapi sayang nak buang so  boleh bagi bmart tolong jualkan. bmart akan amek 10% komisen daripada harga kos yang penjual tetapkan .tak kisah barang apa pown dengan syarat barang  itu terpakai dan bukan makanan .it simple right. for more detail like lah page l love bmart kab .  click link ni 
(https://www.facebook.com/I-love-Bmart-Kab-1489315111348280/timeline/ )

lepas habis meeting aku g makan kat kiosk dengan jem then sofea nak ikut so kami makan 3 orang. aku dengan jem biasalah peragai gila tak boleh tinggal mesti bawa. hahaha . waktu makan tak yah cita ahhh. time jalan balik sofea buat pengakuan "ehh korang ni best lah, ada insta?" dan time tu aku hanya mampu tersenyum sambil tergelak, hahaha. mana taknya baru first time keluar makan gan si sofea tu aku dah menyembang gan dia macam 20 tahun kenal. ye lah kami kan KAB'S family. last but not least aku nak share berita yang tak gembira sangat lah hehe aku dapat interview untuk jadi exco kelab tahun satu fep . baru interview  kalau dapat alhamdulilah kalau tak dapat pown tak pa. rezeki masing-masing yang penting usaha . wish me luck for interview on monday. #cubanasib.

jadi ini lah cerita 10.10 aku . seronok kan ? plus hari yang memenatkan tapi tak pa aku masih ada esok untuk memanjakan diri . moral of the story just relax and stay cool melalui hari-hari anda semua yang penting stay crazy [big smile] semoga hari esok lebih baik dari hari ini. 

assalamualaikum dan selamat malam semua. mimpi indah .




Thursday, 1 October 2015

MENTOR

Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.  Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Berdasarkan pengalaman saya program mentor mentee sudah biasa dalam kalangan kita kerana sejak dari bangku sekolah lagi kita akan didedahkan dengan program seperti ini. semasa saya di sekolah rendah mentor pertama saya bernama nur hidayah merupakan seorang ustazah yang baik dan lembah lembut perwatakan. apabila di sekolah menengah pulak mentor saya ialah puan marry janet seorang guru bahasa inggeris. perwatakan beliau seperti seorang ibu yang sangat penyayang .di peringkat matrikulasi pula encik yusni pula berpeluang menjadi mentor kepada saya. beliau lah satu-satu nya mentor lelaki yang saya pernah ada. dan akhirnya di peringkat universiti pula prof.madya dr. yazrina yahya. jadi yang menjadi persoalan adakah program mentor mentee ini berjaya mencapai objektif dengan berkesan ? berkesan atau pun tidak ia bergantung kepada mentor dan mentee itu sendiri untuk membuat perjumpaan atau perbincangan dalam bentuk formal atau tidak formal. 

antara kebaikan daripada program seperti ini kita dapat menimba ilmu atau berkenalan dengan orang hebat-hebat selain guru-guru kita yang lain di luar bilik kuliah. kebiasaan nya para mentor yang banyak pengalaman dan ilmu akan memberi kita tunjuk ajar mengenai sesuatu perkara. kita boleh gunaka mentor untuk berkongsi masalah yang kita sedang hadapi malah boleh juga berkongsi kegembiraan bersama. dalam erti kata lain mentor juga boleh dikatakan peganti kepada ibubapa kita untuk terus memberi nasihat dan tunjuk ajar ketika kita lupa. saya yakin apabila mentor dan mentee sama-sama turut memberi komitmen percaya lah program seperti sangat berbaloi dan wajib dilaksanakan di semua peringkat termasuk alam pekerjaan.

Tuesday, 22 September 2015

OBSES



ketika saya mengikuti program matrikulasi di kolej matrikulasi perlis,  salah seorang dari rakan sepermainan saya amat obses dengan k-pop . sangat obses.  apa yang membuat saya pelik dia adalah seorang lelaki, come on lelaki kowt wehhh, minat korea ? hmmmm kau rasa apa ? haha . di sini saya nak cerita dia punya obses terhadap dunia k-pop yang menari bagai tu, firstly, dia sangup berjalan jauh dari blog asrama ke foyer A (tempat wifi paling laju tahap maximun ) tak kira lah siang ke malam ke hanya untuk download video-video terbaru dari kumpulan k-pop yang nama pelik -pelik tu 2NEI T-ara lah Kara and bla bla bla...... secondly sebabkan terlalu suka dan terlebih obses dia sangup jugak habiskan duit elaun untuk beli majalah e-pop yang ada dunia hiburan korea disamping nak kumpul kelender dan poster gambar artis korea. and i was like .......... okay faham obses.......

hmmm kalau pasal lagu-lagu korea tak yah cita ahhh memang pro habis ahh sampai cakap gan dia ada jugak dia guna bahasa korea dan aku umpama cakap dengan ayam. hahaha.  tu lah terlalu obses dengan budaya korea yang banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. sebagai seorang kawan hanya boleh menasihati supaya dia tidak hyper obses.