Sunday 29 November 2015

MY WEEKEND

assalamualaikum dan salam sayang semua rakyat malaysia !

so how do you do ? it is good ? or just so so . hahaha . weekend aku kali ni agak menarik ye. hmmm . hari sabtu pagi lepas subuh terus aku siapkan assignment yang sepatutnya lah tak tahu lah mana dapat mambang rajin pagi tu. hahhaha. then tengah hari tu tetiba my cousin rajin pulak nak amek keluar makan2 kat area bangi je. tu macam dalam perjanjian kat ws tadi . keluar je pintu pagar ukm diorang ajak tido kl . lawak ke ? dengan keluar sehelai sepiring , adoii sabar je lah nok .

malam tu my beloved cousin ni bawa g pulau carey kat banting. aku ingatkan restoren mewah ke apa ann sebab jauh bebenor sampai ke banting tu macam lah kat kl ta dak kedai makan. rupanya tu acah2 cafe atas air yang ada karoke keluarga. hmmm sepupu aku yang kecik tu apa lagi menguasai pentas lah. cer teka aku tanya ke tak  ? hmmm teka lah. hahahahha.  makanan nya not so bad lah 
tapi sejuk gila weh sebab tepi laut ann. hari ahad pulak aku hang out midvalley gan ana n jem. teman si ana ni nak tengok hunger game part 2. 


so point nya nak cakap kitorang Leepak gan stranger . yes stranger. 
aku datang lambat sebab diorang berdua dari ukm aku dari rumah lah. sesampai kat midvalley tu aku cari diorang . phone si ana no kena block phone jem line ta de. so sekarang aku nak call sapa ? menyiarap jugak lah aku ann.  sedang aku beratur nak beli chatime tetiba lagu dengar locked away . *ringtone myphone. hahhaha . no tak dikenali . aku pown jawap lah . pendekkan cerita dia lah stranger merangkap hero aku hari ni. hahahha nama nya ilman student upnm. kitorang duduk satu meja dekat carl.jr. sebab meja tak cukup an. serius ilman n the gang ni friendly sangat , kitorang gurau bagai macam dah lama kenal doh, bahan tak yah cakap memang perkara wajib ahh ann. tapi nice meet them.


otw nak balik aku singgah kedai mana tah nak beli topup . sampai je ktm aku sedar phone aku hilang ! ya tuhan rasa macam dunia ni tak indah kau tahu !  phone hilang weh ! sepantas kilat aku lari g kedai tu balik cari phone. alhamdulilah ada . tu pown tiga kali aku tanya owner tu baru dia cakap dia simpan phone aku. cer bayang kan si owner tu tak nak ngaku yang dia pegang phone aku . kau rasa apa akan aku buat apa. hello ni tasya dah confirm aku jerit minta phone aku balik.tapi apa2 pown memang 100% salah aku lah. okay that all my weekend . 

ni lah stranger nye. 

Monday 23 November 2015

ABAH SAYANG

rindu abah sayang 
assalamualaikum dan salam sayang semua,

selamat hari lahir abah
selamat hari lahir abah 
selamat hari lahir abah
selamat hari lahir abah

sebab semalam birthday my abah 22.11.1965,

nama penuh abah aku mansor bin din, dilahirkan di pulau pinang, orangnya tinggi lampai, hitam manis, hensem tak yah cakap ah, kalau tak hensem mana mungkin mak aku tak kuat. *gurau sahaja*

okay abah bukan seorang akauntan, bukan doktor, bukan pesyarah, bukan polis, bukan kerja kerajaan or whatever perkerjaan lain. tapi abah kerja sendiri. hmmmm abah pernah jadi pemandu lori waktu aku kecil dulu, tapi abah cakap dia penat so kitorang pun berpindah ke tempat aku mengenal dunia sekarang iaitu kampung padang tok sora merbok kedah. abah pun bukak business perkhidmatan cuci kereta. jadi itu lah punca rezeki abah untuk menyara kami sekeluarga. 

abah kerja dari pagi sampai petang cuci kereta,setiap hari tanpa cuti tapi adalah dibantu oleh beberapa orang pekerja abah, cuci kereta weh, aku pernah sekali acah2 nak tolong abah basuh kereta customer ni, ya tuhan ku penat kau tahu even satu kereta pown sebab manual. aku pown menangis sebab kesian plus sedeh tengok abah aku pekerja untuk kami sekeluarga.

sepanjang aku hidup 19 tahun ni aku tak pernah sekali rasa lapar. semua kelengkapan keperluan aku abah tunaikan, alhamdulilah. tapi aku boleh bayangkan macam mana struggle abah untuk aku n abang n adik aku semata mata nak tengok kami bahagia, abah tak pernah tunjuk dia ta da duit, biasalah business kan tak semestinya untung ada rugi nya. 

aku tetap bangga dengan abah sebab even abah buka car wash pun abah tetap insan yang bagi pekerjaan kepada orang kampung aku yang ta dak kerja tu. sistem di car wash abah aku senang, sapa nak berkerja dipersilakan and untung harian bahagi sama-sama. see abah aku baik ingat orang yang sama yang perlukan duit. 

pernah sekali aku nampak duit dalam wallet abah aku tinggal rm100  masa hantar aku registered hostel waktu tingkatan satu, hanya Allah ja yang tau perasaan aku time. rasa macam nak berhenti sekolah kowt sebab nak tolong abah cari duit.  tapi abah aku relax je buat muka selamber macam ada duit sebab taknak kitorang risau. 

abah selalu pesan "kalau orang buat kita biarkan jangan balas dendam" mungin abah tahu anak seorang yang agak meleting kalau orang kacau hidup aku.

abah. yes abah banyak ajar aku erti ketabahan dan pengorbanan. 
sebab abahlah juga aku kat sini,
 sebab abah juga lah aku kuat
sebab abah juga lah aku tahu erti sabar
sebab abah aku berdiri sampai sekarang
dan suatu hari nanti sebab abah juga lah aku akan berjaya. 

terima kasih abah sebab sanggup besarkan anakmu yang banyak ragam ni
terima kasih abah sebab ajar erti tidak putus asa
terima abah sebab bagi anakmu duit poket
terima kasih abah untuk segala-galanya 
terima kasih abah .
terima kasih abah
terima kasih abah

ayat yang selalu abah aku cakap 
"belajar rajin-rajin nanti tolong abah"
"kalau sayang abah tutup aurat"
"kalau sayang abah ingat Allah"
this broken my heart again 

moral of the story
# setiap ayah adalah insan yang terbaik dan tidak pernah kenal erti penat.
# hargailah ayah abah papa baba walik daddy selagi mereka ada untuk tersenyum dengan disamping kita.
#jangan sesekali marah ayah korang ! ingat !

selfie curi-curi dengan abah sayang











Saturday 21 November 2015

SESUDAH EXAM

assalamualaikum dan salam ceria semua . hehe *bigsmile

baru je lepas habis exam microekonomi  pukul 3 petang tadi. pergh heaven kau tahu !
okay nak cite sebelum g exam tadi si 3 orang budak ni { me ryna jem} pergi lah lunch kat kolej pendeta zaba, tukar selera lah kononnya, hehe . pointnya aku nak cakap yang makanan nye harga memang murah gila dan berpatutan untuk student. laut yang ambil tadi sotong goreng tepung, cendawan goreng tepung and tafu jepun, dab harga aku expect ialah rm5 something macam tu lah tapi........ rm3,50 je kowt. alhamdulilah murah jimat duit akak ni hah.

lepas tu g lah jawap exam , boleh tahan soalan ngadenye. hehe tapi pasrah ja kan dah buat an.

sesudah lepas exam kitorang hang out  ! credit to haris sebab dia bawa 3 budak ni g taman ekuestrian putrajaya.  ada pertandingan kuda polo apa tah . sorry tak tahu menahu sangat pasal kuda ni.
sampai je terus aku serbu nak naik kuda tu sebab tak pernah naik kuda ualls nak lah try2 kan. murah jer rm5 satu round.

harga mampu milik
hhmm first time pengalama menunggang kuda . gayat lah jugak tapi macam seronok lah pulak. hehe

thank abang depan.

3 budak 

okay that all for today,



Thursday 19 November 2015

EMOSI

assalamualaikum ....

marah, takut, gentar, gembira, sayang, and so on semua ni adalah emosi 

ya aku mengaku emosi aku tengah terganggu sekrang dengan bermacam macam benda hal kerja yang harus disiapkan apabila tiba saatnya, 12:39 p.m aku tengah update blog dengan beremosi sebab baru lepas midterm math. soalan yang sangat meragut emosi . 

emosi adalah perasaan. perasaan adalah emosi. jadi kita kawal agar tidak membawa kepada perkara yang tidak diingin atau dalam erti kata lain kesan negatif emosi. 

ada orang pandai mengawal dan bermain dengan emosi,
ada orang yang tidak kisah dan mengikut sahaja emosi

jadi kita yang sama ? 

control your emotion or it will control you




Monday 16 November 2015

CUTI

Assalamualaikum dan salam mesra semua,

I love holiday, sangat. Midsem break kali ni aku punya  cuti kurang 3 hari sebab g kemsis tu kan. So berbaki 6 hari sehaja. Sampai rumah hari isnin petang then terus g  window shopping and makan2 dengan family, lepas rindu lahhhh….
Keesokan harinya kami sekeluarga bertolak ke pulau langkawi. Heheh langkawi island is my hometown sebenarnya, senang lah boleh balik kampung plus short vacation lah.. tak semua tempat kat langkawi aku pernah pergi.



Hari first kat sana just rest at my grama home only, tapi aku belajar masak tauu.. heheh mesti tak percayakan ,, my kakchik ajar masak  macaroni cheese and cheese kut. Senang jaa. Letak ni letak nu letak tu dah jadi.



 second day keluar jalan kat pekan kuah, we are lunch at dataran lang. makan nasi ayam . tapi serius sedap gila ayam sebabnya cara masak ayam tu beza dari yang selalu. Meh nak kongsi sikit, owner tu yang cerita sendiri tau , jeng-jeng, hahaha . okay mula2 dia kukus ayam tu dengan madu then baru dia goreng tapi goreng kejap jer tak lama. Perggghhh lembut sangat .




Lepas makan macam biasa lah mak aku tu semua kedai pinggan mangkuk nak masuk idaman suri lah ram lah sampai complex haji ismail group pown kitorang singgah jugak. So nak bagi suggestion lah if nak shopping barang2 pekakas dapur ni kan *for mother2 lah better pergi idaman suri sebab dia punya design cawan pinggan mangkuk sudu garpu sendok dulang and so on lahh memang design yang latest punya credit cantik dan harga berpatutan. Ismail group pulak tempat yang paling sesuai nak borong coklat. tapi kena struggle control nafsu lah.

Bagi yang minat kasut sport yang berjenama tu  serius boleh beli kat langkawi murah sebab tak dikenakan cukai . alah lupa lah nama tempat tu *sorry  tapi area jetty point jugak lah. Bab pantai pulak jangan risau sebab semua pantai kat langkawi cantik lagi indah nyaman segalanya.

Malam pulak kami keluar makan dekat restoran 1 malaysia berdekatan dengan dataran lang jugak lah.

hah kau jangan terkejut tengok air memang ada kelainan . hiraukan itu model tak bertauliah





  


Saturday 14 November 2015

KEMSIS

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

 hari jumaat minggu lepaskan aku ada join program fakulti iaitu kemsis stand for kem siswa siswi. kemsis ni macam program wajib setiap tahun yang akan dikendalikan oleh persatuan mahasiswa fakulti ekonomi dan pengurusan (pmfep). aku join program ni sebab nak support program fakulti dan aku bukan exco kpts di ulang ye sir azzwan saya bukam exco kpts jadi jangan benci saya pleaseeee. *merayu

sehari sebelum nak pergi tu ya tuhan ku serius malasgila sebab mood nak balik dah merasuk mindaku. terasa macam nak tarik diri je kowt.but just move on

hari pertama

phone kena ambil sihhh sepi lah tanpa handphone. aku kena mention sebab tak datang perjummpaan kemsis in fact jujur aku malas nak datang so aku pergi lah jaga bmart . then aku hampir jadi penghuluwati. what tasya penghuluwati ? memang lawak lah citenya. hhahahhaha nasib lah aku petik nama mean and mean jadi heroin aku.muaaahhh untuk mean !  malam nya tu bahagi kumpulan macam biasa dan nama kumpulan aku adalah wolverine. lepas bahagi kumpulan macam tu tengah malam sikit aktiviti nightwalk. mulanya aku taknak masuk kalau sorang2 sebab hutan hulu langat kowt. tapi masuk by group. mula2 perasaan fikir macam kowt tapi bila dah masuk .. hmmmm biasa ja tak seram mana pown mencabar adalah sikit. paling tak boleh blah bila owner tu kan kawasan just kebun je. okay ,mati2 ingat hutan besar.

hari kedua

aktiviti pertama police and thief went to jungle. aku mati awal sebab suspect mafia, hello apa jahat sangat ka muka aku ni . tapi aku tak kisah aku mati awal pown sebab aku boleh buli orang lain. hahahaha
*gelak ahlisihir*\

nie lah game nye dapat kacau abang ibraz. hahah padan muka dia
lepas aktiviti aku dah lupa namanya apa tapi bagi aku aktiviti ni paling best sebab kena cari satu nilai kebendaan the kena jawap soalah yang akan diajukan oleh juri aku amek peluang jadi presenter guy.  makin lama aktiviti macam jadi debate pulak. ya Allah gigil je pegang mic tu.

sebelah petang pulaj ada dua aktiviti satu berlakon. nak tahu wolverine dapat tajuk hang tuah hang jebat moden then latar belakang wad bersalin. maigodd buntu aku nak memikirkan wad bersalin. adududududu . and last berlakon spontan je. nak tahu tak aku dapat ,men of the match kauuu.

aktivi kedua explorace . hhmm  group aku kalah .




bersih je muka

sapa lah tolong make up kan aku ni
malam bye pulak ada ceramah motivasi pasal potensi diri dan pengarah program bagi kesedaran pasal parent. make it short aku kalau orang sentuh bab parent memag aku kecundang ahh .

hari ketiga

pagi war water and mandi sungai . yeahhhh




kmpians never fade
with pmfep mudah terhibur sekalian
stop sampai sini . kesimpulannya enjoy setiap apa yang kita lakukan .


Monday 9 November 2015

2.6 STAR

assalamualaikum dan salam sayang semueheeha, semoga awak semua sihat selalu disamping keluarga tercinta. muahhh sikitt !

post ni akak nak share pasal salah satu video kat youtube ni yang dah jadi viral paling tak tahan terus masuk paper online. apakah ?



tengah baca news tadi then terjumpa story pasal amirudin hazadin yang nyanyi pasal lagu "mana hilang 2.6 bintang"

yes i know this issue quite sensitive but i don't want to debate about 2.6 or donation or whatever, simple just wanna share my own opinion

mungkin semua lirik yang ditulis adalah luahan hatinya sendiri yang mempunyai kebetulan dengan luahan hati orang lain juga. dia menguna cara dengan mengubah lagu untuk menyata ketidakpuasan hatinya terhadap ketidak stabilan politik sekarang yang telah memberi kesan secara langsung terhadap ekonomi negara kita. mahu atau tidak mahu kita sebagai seorang rakyat biasa yang turut terkena tempias yang negatif, sebagai contoh yang jelas harga barang meningkat sangat ketara. hhhmmmm dulu ada rm50 dalam tangan dah rasa kaya kowt tapi hari ni, hampeh........

tu je kowt dari saya, nanti cakap lebih2 berpolitik pulak, saya kongsikan keratan akhbar jadi boleh lah anda semua membaca yee.



moral of the story
# baca newpaper. hehe





Wednesday 4 November 2015

NAFSU




assalamualaikum dan salam sayang semua !

post kali ini kita akan berbicara atau berbincang tentang nafsu. first of all, what is nafsu ? nafsu adalah satu dorangan dalaman manusia yang telah wujud atau fitrah manusia untuk mendapatkan apa sahaja yang diingini atau keseronokan di dunia semata-mata. macam yang akak cakap pernah tekankan sebelum ni sesuatu perkara mesti ada positif dan negatif. 

jadi sekarang kita melihat nafsu dari sudut negatif dahulu. nafsu yang negatif akan membawa manusia ke lembah maksiat atau kesusahan jika manusia tidak mampu untuk menahan atau menangani nafsu dengan baik. mereka akan mengikut hawa nafsu supaya memenuhi segala kepentingan diri masing-masing. sebagai contoh yang ringkas dan semua boleh memahami adalah nafsu kemaksiatan. kalau kita lihat berapa ramai remaja diluar sana yang kecundang dengan nafsu sendiri dan akhirnya terjatuh ke lembah kehancuran dimana mereka telah memusnakan masa depan mereka sendiri. semuanya disebabkan nafsu berpasangan bawah umur. 

manakala dari sudut positif pula amat jelas nafsu dapat memberi kesan yang baik kepada setiap individu. nafsu akan mendorang sesorang itu untuk terus berusaha dan sanggup berkorban untuk sesuatu. contonya jika seorang pelajar itu mempunyai nafsu yang baik iaitu ingin berjaya, pelajar itu akan terus mempunyai nafsu baik iaitu belajar belajar dan belajar. ini akan membaca faedah  kepada diri pelajar tersebut. 

disini akak kongsikan doa yang patut diamal dalam seharian .




 moral of the story
# belajar untuk tidak melayan nafsu jahat
#dekatkan diri dengan Allah