Monday, 23 November 2015

ABAH SAYANG

rindu abah sayang 
assalamualaikum dan salam sayang semua,

selamat hari lahir abah
selamat hari lahir abah 
selamat hari lahir abah
selamat hari lahir abah

sebab semalam birthday my abah 22.11.1965,

nama penuh abah aku mansor bin din, dilahirkan di pulau pinang, orangnya tinggi lampai, hitam manis, hensem tak yah cakap ah, kalau tak hensem mana mungkin mak aku tak kuat. *gurau sahaja*

okay abah bukan seorang akauntan, bukan doktor, bukan pesyarah, bukan polis, bukan kerja kerajaan or whatever perkerjaan lain. tapi abah kerja sendiri. hmmmm abah pernah jadi pemandu lori waktu aku kecil dulu, tapi abah cakap dia penat so kitorang pun berpindah ke tempat aku mengenal dunia sekarang iaitu kampung padang tok sora merbok kedah. abah pun bukak business perkhidmatan cuci kereta. jadi itu lah punca rezeki abah untuk menyara kami sekeluarga. 

abah kerja dari pagi sampai petang cuci kereta,setiap hari tanpa cuti tapi adalah dibantu oleh beberapa orang pekerja abah, cuci kereta weh, aku pernah sekali acah2 nak tolong abah basuh kereta customer ni, ya tuhan ku penat kau tahu even satu kereta pown sebab manual. aku pown menangis sebab kesian plus sedeh tengok abah aku pekerja untuk kami sekeluarga.

sepanjang aku hidup 19 tahun ni aku tak pernah sekali rasa lapar. semua kelengkapan keperluan aku abah tunaikan, alhamdulilah. tapi aku boleh bayangkan macam mana struggle abah untuk aku n abang n adik aku semata mata nak tengok kami bahagia, abah tak pernah tunjuk dia ta da duit, biasalah business kan tak semestinya untung ada rugi nya. 

aku tetap bangga dengan abah sebab even abah buka car wash pun abah tetap insan yang bagi pekerjaan kepada orang kampung aku yang ta dak kerja tu. sistem di car wash abah aku senang, sapa nak berkerja dipersilakan and untung harian bahagi sama-sama. see abah aku baik ingat orang yang sama yang perlukan duit. 

pernah sekali aku nampak duit dalam wallet abah aku tinggal rm100  masa hantar aku registered hostel waktu tingkatan satu, hanya Allah ja yang tau perasaan aku time. rasa macam nak berhenti sekolah kowt sebab nak tolong abah cari duit.  tapi abah aku relax je buat muka selamber macam ada duit sebab taknak kitorang risau. 

abah selalu pesan "kalau orang buat kita biarkan jangan balas dendam" mungin abah tahu anak seorang yang agak meleting kalau orang kacau hidup aku.

abah. yes abah banyak ajar aku erti ketabahan dan pengorbanan. 
sebab abahlah juga aku kat sini,
 sebab abah juga lah aku kuat
sebab abah juga lah aku tahu erti sabar
sebab abah aku berdiri sampai sekarang
dan suatu hari nanti sebab abah juga lah aku akan berjaya. 

terima kasih abah sebab sanggup besarkan anakmu yang banyak ragam ni
terima kasih abah sebab ajar erti tidak putus asa
terima abah sebab bagi anakmu duit poket
terima kasih abah untuk segala-galanya 
terima kasih abah .
terima kasih abah
terima kasih abah

ayat yang selalu abah aku cakap 
"belajar rajin-rajin nanti tolong abah"
"kalau sayang abah tutup aurat"
"kalau sayang abah ingat Allah"
this broken my heart again 

moral of the story
# setiap ayah adalah insan yang terbaik dan tidak pernah kenal erti penat.
# hargailah ayah abah papa baba walik daddy selagi mereka ada untuk tersenyum dengan disamping kita.
#jangan sesekali marah ayah korang ! ingat !

selfie curi-curi dengan abah sayang











No comments:

Post a Comment