Saturday 31 October 2015

SYDNEY

assalamualaikum dan salam sayang semua

semua orang mesti ada angan2 pak pandir nak pergi holiday or honeymoon kat tempat yang lawa2 mahal yang indah mempersona suasana ceria kolej ku damai permai sentiasa *ehhh tu lagu kmp lah ngek* hahahaha tapi macam tu lah. tempat yang ada dalam mind kita mesti semua yang cantik2, nyaman, fresh air, murah, segalanya lah prefect 10 gitu. kan kan kan. 

okay minggu ni akak nak cerita tempat yang sangat sangat dan tersangat teringin akak nak jejak kaki adalah ..... jeng jeng sydney australia ! excitednya ! haha padahal baru angan2.
"okay why sydney ? sydney tempat tak cantik biasa2 ja kowt ? imanging lah g ora-bora ka europe or korea or what else place which is much better than sydney. kata syaitan kecil kepada tasya"

ohhh whatever but trust me i have my own reason. sebabnya since i standard 6 akak dah simpan niat nak sambung degree accounting kat australia lah. tapi tapi beribu kali tapi terpesong bila spm hancuss jatuh berkecai patah seribu hatiku
*lap air mata* .  haha. 
tapi tak pa tak leh sambung degree try lah master pulak kan. hidup jangan putus asa beb ! okay back to the topic. so that my first reason lah sebab aku nak  sangat belajar kat sana. 

second sebab dimata aku sydney cantik sangat. *sorry ta de huraian*

third sebab aku nak amek gambar kat brige tuuu . nak photoshot acah model gitu u alls.
 *bapak tinggi mimpi kau tasya*

gambar google ja. wait for the future


tu je kowt sebab aku nak sydney. sebab lain entah lah kenapa hati ku berkata sydney. or maybe sebab jodoh akak akan jumpa kat sana. ameen . hehe. rasa nya sampai situ je kowt sedikit perkongsian angan2 tinggi akak ni. haha so i will work hard to make sure my dream came true. my last words "sydney hang tunggu aku p nohh"

sedang bayangkan akak dalam feri tu

Wednesday 28 October 2015

MAKANAN

assalamualaikum dan salam sayang daripada saya

theme was given is food . yes food . F.O.O.D. yeahh i know everyone love food.
 *terbayang burgerbyte* yuummmyy sangat u all !
everybody knows that food is the part of basic need to living thing. food is very important to us for gain energy and increase our metabolism in daily life. there are a lots type of food in the world whether the original recipe or have been change by human which is love food a lots. for example nasi lemak, roti canai, mee goreng mamak, teh tarik,laksa, bihun sup, gearbox, roti john, murtabak, asam pedas, rendang tok, kuih seri muka, and last pasembor penang nohh. tak malaysian lah beb kalau tak pernah makan semua ni. pergi duduk megara jiran sana. haha


nak belanja betul2 tak kesampaian jadi belanja gambar pown boleh [ aiskrim kelapa ]

okay akak just nak sentuh beberapa isu yang lazim pasal makanan.

kalau dulu kebanyakan orang makan sebab nak tambah tenaga, tetapi dalam era serba terlebih canggih ini *alhamdulilah* tuhan telah banyak memberikan kita kesenangan dan kemewahan dari segi makanan sehingga sampai satu tahap manusia makan bukan untuk kenyang tetapi untuk memuaskan nafsu atau kepuasan. ya tidak salah bagi kita mencari kepuasan dengan makanan yang sedap-sedap tetapi hendak lah berpada agar tidak terlibat dengan amalan syaitan iaitu membazir.

sekarang ni mahal dik oii nak makan pown ada gst wehh, korang tak nak ke berjimat cermat sikit  dengan cara order makanan yang betul2 korang nak makan < if makan kat luar lah> . ada dua faedah yang korang akan dapat .1. tak jadi kawan syaitan 2. jimat duit anda .

lagi satu kalau adik2 pesan makanan tu cuba habiskan makanan tersebut jangan makan sikit sahaja then acah2 kenyang nak diet bagai. adik makanan adik bayar guna duit ibubapa adik. kesian diorang cari duit pagi petang siang malam nak bagi adik duit tapi senang2 je adik buang makanan tu. makanan yang adik beli tu adalah hasil titik peluh kedua ibupada adik tau jadi kalau sayang parent korang jangan membazir makanan walaupun adik anak orang kaya sekali pun. makan sampai habis.
*hah kan akak dah membebel*

"saya tak boleh lah akak parent saya terlalu banyak duit sangat bersepah duit kat rumah akak, so suka hati lah nak menbazir makanan pown. that how i spend my parent money"

*bagi ja lah duit tu*

okay fine kalau macam kes ni nak buat macam ? so my suggestion try  imaging people who born in poor countries or born as refugee. contoh paling dekat yang akak boleh kongsikan adalah perlarian rohingya. diorang menjadi pelarian dalam keadaan perut kosang dan sentiasa lapar kerana langsung tidak mempunyai makanan walaupun sedikit. malah ada diantara mereka yang mati akibat kekurangan zat dalam badan . dalam erti kata lain mati sebab kelaparan. sedangkan kita disini dengan megahnya membazir makanan yang kita ada.

pernah tak adik alami keadaan sebegini ? 

tengok lah pelarian rohingya yang sedang kelaparan tanpa makanan. kurus kering adekk oii


moral of the story
^ belajar dan cuba untuk tidak membazir makanan
^ makan untuk isi perut bukan untuk nafsu
^ amalkan membaca doa sebelum makan kalau tak makanlah dengan syaitan 
















Friday 23 October 2015

SEMI SIBLINGS




assalamualaikum dan salam sayang daripada saya, sebab saya sangat rindukan semi sibling so saya nak cerita serba banyak pasal semi sibling. 

SEMI SIBLING ? kenapa nama tu ? haha ramai yang tanya kitorang kenapa letak semi sibling kenapa tak sibling je ? 
okay sabar akak n abang sekalian meh sini sis tolong jawap . this is because we act like true sibling but we also realize that our parent never be same person. so it semi , separuh. 

there a lot sweet and bad memories that we created together. semi siblings just have fun together without realize that we are creating a solid memories, *tears begining* i miss you all badly 

by mizan


firstly i will introduce hirza hasniza which is wearing red bawal,  and believe or not i can't pronouns hirza name correctly . motif ? let be secret . she from sungai besar selangor
 [city girls] apa yang aku tak boleh lupa pasal hirza adalah peragai over manja nya . ya tuhan ku sabar je lah. sampai nak order makanan pown aku yang kena . okay faham manja. haha tapi aku tak kisah pown sebab aku kan baik tak kisah kau peragai macam mana pown aku tetap sayang kau. then hirza ni budak hot staff tak lepas hot sentap. serius. 

cakkkkkkk ! 


the only one guy was haziq hamizan . he can be a abang and adik. we call him mizan. dia ni lah gila 
k-pop. mizan have 2 big characters . as i say early he can be abang when semi simbling face a problem obviously he will handle and try to calm me and other member. tapi paling menyampah dia buat peragai budak2nya rasa nak lempang je. hahaha. mizan ada dua function 1 dia akan jadi cikgu math sebab dia pandai gila math. second he can be our photographers motif ? sebab mizan iphone user. and he did this job very well. btw mizan from negeri sembilan
*rindu kau membebel mizan !*

third is zaza from teluk intan perak . nama zaza tu pown aku yang bagi sebab nama sebenar dia nazatul shuhada . panjang sangat bagi aku. zaza ni boleh manja jugak ahh macam si hirza tu cuma beza nya hirza macam okay sikit . yang zaza ni ada penyakit blur lem2. hahaha
 *kau kutuk zaza tasya* 
sebab tu suka kawan dia . hehe tapi zaza sangat baik serius cakap suka teman orang g mana2. dah lah lawa muka acah arab sikit. sikit je lah. tak banyak .zaza ini okay tapi sopan sangat.... makan pown sopan santun dia lah makan paling lambat habis. aduhh kira butir nasi mungkin . 

suatu ketika dahulu


syidangggg . haha syida ni budak ganu . aku lah suka ngejek dia cakap ganu hooookkk. hahaha comel je budak kecik sebab dia lah paling kecik kat kmp , sekali tengok macam budak darjah 6 je tapi dah boleh kahwin. syida ni matang lah jugak and pandai serta rajin orangnya, admire dia memang ramai ahh biasalah orang lawa annn. satu peragai pasal syida yang aku suka dia ni sangat selamber dan tak sama macam aku mengamal prinsip pergi mampos . macam kasar kan ? adalah sikit. 
mana tak nya dia boleh keluar pergi cafe pakai telekung je ? tak selamber ke tu ? hahaha 

hirza zaza mizan syida . nama yang buat aku senyum buat aku gila dan tak lupa yang buat aku bertambah gila. tak tahu nak cakap macam mana tapi rindu sangat gelak mengilai korang, muka blur korang, niat nak kenakan zaza . haha sangat rindu gaiss 

last but not least aku share gambar human flags gan faruq abang sadooooo . nanti aku nak ajak dia buat kat tiang fep pulak .hahaha.

hirza syida tasya zaza

#throwback in the morning study week for second semester 







Monday 19 October 2015

SESAL

tema minggu ni sesal, yes sangat dan tersangat lah menyesal tak study betul2 untuk lab test app com . 
ya tuhan ku ............ 

sebab aku tak study betul-betul ye memang salah saya sir sebab saya set mind saya boleh buat dan sir tak akan bagi soalan susah. 
mula2 buka pc dah buat hal. gelabah sebab tak bawa laptop n sebabnya si azzwan cakap lab tu akan berhantu bila hari lab test.

soalan tadi adalah satu tak boleh buat pasal kira BMI . yang tak boleh terima nak buat vloockup untuk blood presure status tak lepas. apa mende sihh ? aku dah try banyak kali kowt ikut nota bagai tak still sama . dan macam biasalah aku mengambil keputusan untuk meninggalkan part tu. 

tapi apa yang paling sakit hati bila soalan berkait dengan BMI . dah lah aku tak buat yang tu, so korang boleh bayangkan tak macam mana perasaan aku time tu ? perghh rasa nak lari balik uk je .
 [kau ada rumah ke kat uk] 
hahaha ta de pown saja buat idea hiperbola

tapi macam biasa aku still berlagak relax seolah-olah ta da apa berlaku antara aku dan lab test . muka kena cover sis :) 
*padahal dalam hati dah menyesal separuh nyawa*


moral of the story 
! jangan expect soalan senang dan kau ambil keputusan pandai tak nak buat rivision
! dalam kelas salin nota cantik2 dan boleh buat kau faham bila nak rujuk balik
! masa itu penting





Saturday 17 October 2015

BEBAN

Pernah aku rasa terbeban malah berkali-kali. Beban memberi aku tekanan, beban buat aku rasa diri ini lemah.  Ya aku sedia maklum dalam dunia ini kita tidak boleh lari daripada  tanggungan atau dalam bahasa kasar beban.

 Beban sesorang itu sebenarnya bergantung kepada diri sendiri untuk mentafsirkan sebagai apa. Ada orang yang berfikiran positif akan menganggap beban ini sebagai cabaran untuk memotivasikan diri mereka sekali gus mejadikan beban itu sebagai benda biasa yang harus dilalui.

Tidak terlepas juga daripada segelintir manusia yang mendefinisi beban sebagai tanggungan yang menyusahkan hidup mereka dalam erti kata lain mereka menyatakan beban ini adalah negative dan boleh membawa masalah yang besar kepada mereka.

Beban kedua ibubapa kita untuk mendidik kita sehingga menjadi seorang yang berguna

Beban pelajar adalah belajar dengan bersungguh-sungguh dan Berjaya

Beban masyarakat adalah menghadapi segala kekurangan persekitaran

Beban seorang pendidik adalah mengajar dan melayan  pelbagai jenis ragam pelajarnya

Beban perdana menteri adalah menjaga negara dari segala aspek

Beban aku pula adalah untuk membahagikan masa antara belajar dengan program kolej dan fakulti  melahirkan banyak kelebihan kepada diri sendiri dan orang lain juga.

apabila beban itu datang hadapi sahaja kerana dengan beban dapat melahirkan banyak kelebihan serta manfaat kepada diri sendiri dan orang lain juga.


Jadi Nampak disini jika kita setkan yang beban ini positif maka ia akan menjadi senang malah kita yang mengawal beban itu.  cuba untuk tidak merungut atau tidak menyatakan beban itu sebagai negative . 


Thursday 15 October 2015

SIKAP PELAJAR

murid ? pelajar? mahasiswa ?  percayalah semua perkataan ni membawa maksud yang sama iaitu penuntut ilmu . yang membezakan hanya tempat dan cara mereka menerima pembelajaran tersebut.
semua orang akan malah pernah menjadi pelajar atau mungkin mempunyai sejarah manis atau pahit sebagai seorang pelajar. saya ingin berkongsi beberapa sikap pelajar yang saya perhatikan atau mungkin lebih tepat sekali sikap saya. 

pertama dalam kelas 
ada pelajar yang suka duduk depan atas beberapa sebab. satu sebab nak fokus, dua sebab rabun tapi malas pakai spec, tiga sebab nak perhatian cikgu. pelajar yang duduk belakang pulak sebab tempat depan dihadapan dah habis. haha sapa suruh datang lambat, dua sebab pelajar ni nak menyembang dan tak pasti boleh siapkan homework atau tak. so amek keputusan duduk belakang adalah tepat. satu saya kagum sikap pelajar adalah kerjasama yang erat. hal ini dapat dilihat apabila mereka tidak menyiapkan homework dan apabila ditanya oleh guru sama ada diberi homework atau tidak, automatik secara serentak degun dengan intonasi yang harmoni menjawap TIDAK. ini sikap pelajar

kedua peperiksaan
hmmmm percayalah pada saya yang serba kekurangan ini perkataan peperiksaan amat dibenci oleh pelajar . arlegik habis ! salah satu sikap pelajar yang saya nak kongsi adalah  cara buat rivision. 
selalu para akan sedia maklum tarikh peperiksaan tetapi hanya segelintir sahaja yang cakna mengenai hal seperti ini dalam erti kata lain hanya budak nerd. kebanyakan pelajar mengambil keputusan untuk study last minute sebabnya mereka beranggapan kalau study awal mereka akan lupa jadi nampak disini yang pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sahaja. ini perkara biasa .selain itu ada juga pelajar yang masih dibuai mimpi dengan alam maya disaat peperiksaan menjelang. mungkin belum dapat hidayah. disampimg ada juga pelajar yang bercadang untuk meniru kawan atau membawa masuk nota. hmmm bab meniru saya sangat tidak boleh terima. tidak ketinggalan juga sikap pelajar yang menyerah dan berputus asa sebelum hari peperiksaan. berharap soalan spot juga sikap abadi para pelajar. namun begitu ada juga pelajar yang membuat persedian dengan rapi dan sedia menghadapi kertas peperiksaan.  jadi inilah sikap pelajar.

saya rasa cukup dua situasi sahaja mengenai sikap pelajar . tapi percayalah masa bergelar seorang pelajar adalah saat yang sangat seronok dan banyak memberi pengajaran hidup di luar sana. 
enjoy and finish your study. 


Sunday 11 October 2015

10.10

first of all i would like to wish all malaysian happy spot day ! hehe lagi 1 jam pukul 12. okay tema minggu ni ialah 10.10 hmmmmm oleh kerana hari ni bertarikh 10.10 so aku akan cerita pasal semua yang detik yang telah aku lalui hari ni . selama semester satu ni weekend aku dimulakan dengan class citra fit touch, hari minggu pown ada class hmm sangat tak best. nak tahu apa lagi tak best hmmmm aku kena jalan pegi padang dari kolej aminuddin baki hmmm jauhnya tu memang jauh ahh lebih kurang 25 minit sebabnya hari  minggu so ta da bus. mau tak mau jalan kaki lah sayang oii. sebab hari ni kan hari sukan negara so kami pown tak ketinggalan nak amek gambar ramai2 n #harisukannegara .

#fittouchmalaysia

okay lepas dah sampai kolej balik bilik kedebommmm lompat atas katil . haha acah2 penat tapi memang penat pown. masa dalam bilik tu pulak tetiba kak jannah boleh pulak bukak cerita hantu pasal histeria saka bagai ni aku dah cuak dah tapi macam biasa kita buat relax ja. #tadehalbro. disebabkan penat so secara tidak sengaja tertidur sebentar. haha sebentar ajaaa, yang paling tak leh blah bila aku mimpi pasal apa yang dicerita tadi tu. huh seramchit walaupun disiang hari. aktiviti ketiga kena tugas bmart 4 jam dari pukul 3-7 p.m . okay sekarang cerita pasal bmart pulak selalu nya hari minggu tak ramai sangat  so aku dengan aiman just relax layan youtube. then tetiba dalam pukul 6 p.m ada orang nak liminate . hahahahahaha yang ni lawak tak cerita lagi aku gelak. so aku yang liminate kertas tu sebab aiman tak pandai. aku yang acah2 pandai ni pown buatlah kerja tu then masukkan kertas yang nak liminate tu pastu kertas tu tak keluarrrr...... aku dah gelabahh kenapa kertas tu tak keluarrr tak kan magic kowt tetiba hilang .hahahaa funny . macam2 cara aku buat nak keluarkan kertas tu balik sebabnya takut mt bmart marah. a the end boleh jugak keluarkan tapi kertas tu dah rosak hmmmmm rasa bersalah gila dekat customer time tu aku terus minta maaf berkali kali. nasib baik customer tu okay je. hhmm apa aku buat ni ?

next aktiviti lepas magrib ada meeting B.O.X.S stand for bmart online eksklusif sell. boxs ni macam bmart akan menjadi orang tengah untuk korang nak jual barang terpakai yang dah tak nak guna tapi sayang nak buang so  boleh bagi bmart tolong jualkan. bmart akan amek 10% komisen daripada harga kos yang penjual tetapkan .tak kisah barang apa pown dengan syarat barang  itu terpakai dan bukan makanan .it simple right. for more detail like lah page l love bmart kab .  click link ni 
(https://www.facebook.com/I-love-Bmart-Kab-1489315111348280/timeline/ )

lepas habis meeting aku g makan kat kiosk dengan jem then sofea nak ikut so kami makan 3 orang. aku dengan jem biasalah peragai gila tak boleh tinggal mesti bawa. hahaha . waktu makan tak yah cita ahhh. time jalan balik sofea buat pengakuan "ehh korang ni best lah, ada insta?" dan time tu aku hanya mampu tersenyum sambil tergelak, hahaha. mana taknya baru first time keluar makan gan si sofea tu aku dah menyembang gan dia macam 20 tahun kenal. ye lah kami kan KAB'S family. last but not least aku nak share berita yang tak gembira sangat lah hehe aku dapat interview untuk jadi exco kelab tahun satu fep . baru interview  kalau dapat alhamdulilah kalau tak dapat pown tak pa. rezeki masing-masing yang penting usaha . wish me luck for interview on monday. #cubanasib.

jadi ini lah cerita 10.10 aku . seronok kan ? plus hari yang memenatkan tapi tak pa aku masih ada esok untuk memanjakan diri . moral of the story just relax and stay cool melalui hari-hari anda semua yang penting stay crazy [big smile] semoga hari esok lebih baik dari hari ini. 

assalamualaikum dan selamat malam semua. mimpi indah .




Friday 9 October 2015

TINGKATAN SATU

"mak tak mau stay asrama. tolong lah mak. tak mauuuuuuuuuuuuu ! mak kat asrama tu banyak hantu kena basuh baju sendiri kemas katil sendiri nak makan pown kena jalan jauh pastu kena ikut peraturan yang banyak gila."
"abah tak sayang kakak ka ?" 

antara soalan ar yang dikemukakan oleh aku kepada kedua ibubapa yang memaksa aku masuk asrama, punyanya aku buat reka and buat macam2 agenda sebab tak mau masuk asrama tapi semua hampeh. kena masuk jugak.. so jangan tanya lah kalau seminggu aku pernah menangis sebab nak balik rumah.  rasa macam anak tiri dohh  bila stay asrama.masa tingkatan satu memang nasiblah dapat akak2 senior yang ketagih kehormatan daripada para junior. bukan nak cakap ar tapi time form 1 muka aku lah yang selalu hadap muka senior dalam erti kata lain gaduh. mana tak nya senior marah junior suruh respect bagai tapi dalam masa yang sama senior layan kami macam erkkkk....... aku ni dah lah manja tapi gentle sikit hahaha. style aku. aku cukup pantang kalau aku hormat kau tapi kau layan aku macam aku ada buat salah kesalahan besar . kau nak aku sanjung kau ke ? hahaha ayat ni jugak aku pernah lontarkan dihadapan muka senior. sapa suruh cari pasal gan aku. ye lah kalau aku cakap senior kurang pandai kan susah pulak. okay contoh aku cita benda betul. ada seorang kawan baik aku tersepak baldi akak senior ni sebabnya kawan aku ni golongan rabun. kalau kau g mandi pakai spec ke? tak ann.nak dijadikan dipendekkan cerita si sue ni kena perli kat rocall. menangis kawan aku tu jenuh pulak aku nak pujuk dia. sebenar banyak je lagi tapi biarlah  rahsia. itu semua kat asrama ja tapi bila pergi sekolah aku enjoy je seronok pernah sekali rasa macam nak tido kat sekolah tak nak balik asrama, hahaha lol. zaman pemikiran pra matang. so moral of the story para senior tak payah lah nak bajet sangat yang korang tu good2 je, junior masuk alukan kedatangan junior beri tunjuk ajar, cakap elok2 sebab diorang baru nak belajar berdikari tanpa ibubapa. last apa yang bestnya parent korang akan memenuhi segala permintaan korang. this is the best part. 


Thursday 1 October 2015

MENTOR

Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.  Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Berdasarkan pengalaman saya program mentor mentee sudah biasa dalam kalangan kita kerana sejak dari bangku sekolah lagi kita akan didedahkan dengan program seperti ini. semasa saya di sekolah rendah mentor pertama saya bernama nur hidayah merupakan seorang ustazah yang baik dan lembah lembut perwatakan. apabila di sekolah menengah pulak mentor saya ialah puan marry janet seorang guru bahasa inggeris. perwatakan beliau seperti seorang ibu yang sangat penyayang .di peringkat matrikulasi pula encik yusni pula berpeluang menjadi mentor kepada saya. beliau lah satu-satu nya mentor lelaki yang saya pernah ada. dan akhirnya di peringkat universiti pula prof.madya dr. yazrina yahya. jadi yang menjadi persoalan adakah program mentor mentee ini berjaya mencapai objektif dengan berkesan ? berkesan atau pun tidak ia bergantung kepada mentor dan mentee itu sendiri untuk membuat perjumpaan atau perbincangan dalam bentuk formal atau tidak formal. 

antara kebaikan daripada program seperti ini kita dapat menimba ilmu atau berkenalan dengan orang hebat-hebat selain guru-guru kita yang lain di luar bilik kuliah. kebiasaan nya para mentor yang banyak pengalaman dan ilmu akan memberi kita tunjuk ajar mengenai sesuatu perkara. kita boleh gunaka mentor untuk berkongsi masalah yang kita sedang hadapi malah boleh juga berkongsi kegembiraan bersama. dalam erti kata lain mentor juga boleh dikatakan peganti kepada ibubapa kita untuk terus memberi nasihat dan tunjuk ajar ketika kita lupa. saya yakin apabila mentor dan mentee sama-sama turut memberi komitmen percaya lah program seperti sangat berbaloi dan wajib dilaksanakan di semua peringkat termasuk alam pekerjaan.

AIESEC

what is A.I.E.S.E.C ?


AIESEC is one of the world's largest non profit organization run by student which give opportunity to young people gain important experiences and skill, to make different and to change the world. mainly aiesec is about leadership, volunter and internship all over the world. okay dah cukup berbahasa inggeris haha . aiesec ni memang global so mesti lah susah sikit nak join aiesec member. but once you get join aiesec you will the lucky person because there are so many benefit will you get and very useful to your future . so aku pown try lah cuba nasib gak. hehe
firstly pergi aiesec night kat dk1 fep. 
so this is my boarding pass for aiesec night

lepas dengar pasal aiesec ni aku pown tertarik lah nak join atas sebab tertentu so just apply the form  mak ainn banyak gile soalan kena jawap. dalam aiesec kena ada berapa 5 department kalau tak salah so kena pilih 2 . aku pilih marketing department and talent international department . at 29.9.2015 dapat mesej kena interview untuk sesi 6-7 p.m. takut + tak ready punya pasal aku pown minta tukar masa ke sesi 9-10 p.m. tapi sesi ni pown aku tak pergi sebab betul tak sedia lagi. siapa tak cuak wehh fully english  dah lah english pown cukup makan ja.then dapat peluang aku pergi esok hari time 8-9 p.m kali ni aku betul2 pergi siap  pakai baju kurung lagi sihh. haha.  cara interview aiesec ada dua . satu group assement satu lagi face to face. group assement have to discuss about the topic will given. so my topic for last night was gender inequality. 5 member in the group in 15 minutes. masa temuduga individu tu okay lah just like chit chat tapi dia tengok jugak cara kite jawap soalan. jangan risau soalan yang sama ditanya 1- perkenalkan dir2- kekuatan dan kelemahan3- kenapa pilih aiesec4- apa yang diharapkan dari aiesec 
itu memang soalan asas lah, yang lain dia tanya pasal pernah kita join mana2 organisasi dan cara kita berkerja dalam kumpulan.jadi saya hanya menjawap semua soalan dengan tenang dan berdasarkan pengalaman hidup. kalau dapat alhamdulilah  kalau tak dapat pown tak kisah, rezeki masing-masing. so siapa yang nak pergi interview tu pergi lah. jangan takut2 macam saya yee