Pernah aku rasa terbeban malah berkali-kali. Beban memberi aku
tekanan, beban buat aku rasa diri ini lemah.
Ya aku sedia maklum dalam dunia ini kita tidak boleh lari daripada tanggungan atau dalam bahasa kasar beban.
Beban sesorang itu
sebenarnya bergantung kepada diri sendiri untuk mentafsirkan sebagai apa. Ada
orang yang berfikiran positif akan menganggap beban ini sebagai cabaran untuk
memotivasikan diri mereka sekali gus mejadikan beban itu sebagai benda biasa
yang harus dilalui.
Tidak terlepas juga daripada segelintir manusia yang
mendefinisi beban sebagai tanggungan yang menyusahkan hidup mereka dalam erti
kata lain mereka menyatakan beban ini adalah negative dan boleh membawa masalah
yang besar kepada mereka.
Beban kedua ibubapa kita untuk mendidik kita sehingga menjadi
seorang yang berguna
Beban pelajar adalah belajar dengan bersungguh-sungguh dan Berjaya
Beban masyarakat adalah menghadapi segala kekurangan
persekitaran
Beban seorang pendidik adalah mengajar dan melayan pelbagai jenis ragam pelajarnya
Beban perdana menteri adalah menjaga negara dari segala
aspek
Beban aku pula adalah untuk membahagikan masa antara belajar dengan program kolej dan fakulti melahirkan banyak kelebihan kepada diri sendiri dan orang lain juga.
apabila beban itu datang hadapi sahaja kerana dengan beban dapat melahirkan banyak kelebihan serta manfaat kepada diri sendiri dan orang lain juga.
Jadi Nampak disini jika kita setkan yang beban ini positif
maka ia akan menjadi senang malah kita yang mengawal beban itu. cuba untuk tidak merungut atau tidak menyatakan beban itu sebagai
negative .
No comments:
Post a Comment