murid ? pelajar? mahasiswa ? percayalah semua perkataan ni membawa maksud yang sama iaitu penuntut ilmu . yang membezakan hanya tempat dan cara mereka menerima pembelajaran tersebut.
semua orang akan malah pernah menjadi pelajar atau mungkin mempunyai sejarah manis atau pahit sebagai seorang pelajar. saya ingin berkongsi beberapa sikap pelajar yang saya perhatikan atau mungkin lebih tepat sekali sikap saya.
pertama dalam kelas
ada pelajar yang suka duduk depan atas beberapa sebab. satu sebab nak fokus, dua sebab rabun tapi malas pakai spec, tiga sebab nak perhatian cikgu. pelajar yang duduk belakang pulak sebab tempat depan dihadapan dah habis. haha sapa suruh datang lambat, dua sebab pelajar ni nak menyembang dan tak pasti boleh siapkan homework atau tak. so amek keputusan duduk belakang adalah tepat. satu saya kagum sikap pelajar adalah kerjasama yang erat. hal ini dapat dilihat apabila mereka tidak menyiapkan homework dan apabila ditanya oleh guru sama ada diberi homework atau tidak, automatik secara serentak degun dengan intonasi yang harmoni menjawap TIDAK. ini sikap pelajar
kedua peperiksaan
hmmmm percayalah pada saya yang serba kekurangan ini perkataan peperiksaan amat dibenci oleh pelajar . arlegik habis ! salah satu sikap pelajar yang saya nak kongsi adalah cara buat rivision.
selalu para akan sedia maklum tarikh peperiksaan tetapi hanya segelintir sahaja yang cakna mengenai hal seperti ini dalam erti kata lain hanya budak nerd. kebanyakan pelajar mengambil keputusan untuk study last minute sebabnya mereka beranggapan kalau study awal mereka akan lupa jadi nampak disini yang pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sahaja. ini perkara biasa .selain itu ada juga pelajar yang masih dibuai mimpi dengan alam maya disaat peperiksaan menjelang. mungkin belum dapat hidayah. disampimg ada juga pelajar yang bercadang untuk meniru kawan atau membawa masuk nota. hmmm bab meniru saya sangat tidak boleh terima. tidak ketinggalan juga sikap pelajar yang menyerah dan berputus asa sebelum hari peperiksaan. berharap soalan spot juga sikap abadi para pelajar. namun begitu ada juga pelajar yang membuat persedian dengan rapi dan sedia menghadapi kertas peperiksaan. jadi inilah sikap pelajar.
saya rasa cukup dua situasi sahaja mengenai sikap pelajar . tapi percayalah masa bergelar seorang pelajar adalah saat yang sangat seronok dan banyak memberi pengajaran hidup di luar sana.
enjoy and finish your study.
No comments:
Post a Comment