Showing posts with label bebas. Show all posts
Showing posts with label bebas. Show all posts

Wednesday, 30 December 2015

BAZAR LEPAK

assalamualaikum dan salam sayang semua ! macam biasalah harap kalian semua berada dalam keadaan yang sihat dan cergas. 

post kali ni nak cerita pasal weekend lagi sebab kaki ni memang tak reti nak duduk diam. hehe
 ni weekend yang before study week. kitorang pergi bazar lepak by faizdikie. kenal tak ? 

semata aku ajak member semua g shah alam seksyen 7 sebab nak dapatkan baju #villagepeople.kitorang sewa keta just guna map jer yang bawa jalan jauh .biasalah tu

hehehehe

serius rambang mata time kat bazar lepak. time to habiskan duit ! in fact aku beli yang mana perlu je.

ahh tudia jemah shopping .

and guest what ? i jumpa ima sahaja gaisss.. kenal tak ima sahaja ? alah akak yang lawa2 tu. meh tengok gambar dia.

Sunday, 20 December 2015

END OF SEMESTER 1

what the ! lepas ni study week then hadap lah exam dengan hati yang suci lagi bersih ni.

kau dah buat preparation ke tasya ? 

okay be honest no. yes no. sebelum study week aku nak settle kan semua kerja aku dulu. program nu ni tu ti . hahah macam lah. sibuknya kalah pm kau. 

ye lah sebab aku ni aktif, *puji diri sendiri. function bilik aku untuk tido je weh. memang dari matrik lagi tak suka duduk bilik. 

semenjak aku bergelar mahasiswa there a lots new plus weird thing that i learned and i saw. hmmmmm macam2 sangat. ada yang manis ada pahit dan ada tawar ta da gula pown ada. 

tetapi aku tahu ini semua adalah langkah pertama untuk menuju kejayaan sampai menara highland tower. hahahaha 

ramai senior yang baik hati lagi hensem yang memberi nasihat suruh kuat kalau nak berjaya. ada senior sorang tu nama nya ipin dia pernah cakap kat aku 
"tasya dunia memang ni kejam" 
yes aku pown setuju separuh nyawa dengan statement tu.

Tuesday, 8 December 2015

SILAT CEKAK USTAZ HANAFI

assalamualaikum dan salam sayang semua, semoga sihat dalam menjalankan kehidupan harian anda semua. minum lah yakult, cehh promote lak. 

entry kali aku nak bercerita pasal silat cekak ustaz hanafi (SCUH), pada mula aku excited nak ambil citra SCUH ni kat ukm lah kan. salah satu sebabnya aku nak belajar senin bela diri, zaman sekarang ni macam-macam yang berlaku especially girl, real or not real ? 

jadi that my first reason lah, second sebab someone. hmmmmm hahaha okay old school story. SCUH adalah warisan ustaz hanafi yang merupakan seorang ustaz suatu ketika dahulu, jurulatih aku pernah tanya  soalan yang hanya dia saja tahu jawapan, *coz at that time we are newbie. 
"kenapa ustaz hanafi nak ajar silat sedangkan dia seorang ustaz?"

so what do you think ? antara sebab nya ustaz hanafi nak sebarkan ilmu yang dia ada disamping mencari pendapatan tambahan tetapi dalam kontek dakwah. itulah hebat ustaz hanafi. SCUH ini ada 3 peringkat :- jatuh, potong, tamat -: 
dan SCUH ada 21 buah yang perlu dipelajari, antaranya
  1. buah pertama
  2. keputusan gayong petani
  3. keputusan sendeng atas
  4. buah kilas belakang
  5. buah kilas hadapan
  6. buah kidung kiri
  7. buah kuntau jatuh  
  8. buah kuntau kiri & kuntau kiri gantung
  9. buah kuntau kanan gantung
  10. buah hentak or keputusan silat harimau
  11. buah ali patah atas
  12. buah ali patah sudah
  13. buah selendang
  14. buah gari & gari gunting
  15. buah paras
  16. keputusan pasung kemanga
  17. keputusan terlak
  18. keputusan lintau
  19. buah hempok
  20. buah luncur
  21. buah siku potong

Thursday, 3 December 2015

EMPAT HURUF



assalamualaikum dan salam sayang semua.

post kali pasal maaf, sorry, lo siento, désolé, atau af'wan dalam bahasa arabnya.  banyak bahasa tapi memberi satu kesan yang agak dasyat.

kesalahan dan maaf ni adalah pengenap. kenapa pengenap sebab mereka saling memerlukan antara satu sama lain. kalau tiada salah tiada lah perkataan maafnya. real or not real with my statement ?
empat huruf ini diertikan dengan sebuah kata yang mungkin diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu perbalahan atau konflik.

cuma yang membeza nya kat sini adalah sama ada seseorang itu sedar atau tidak mengenai kesalahan yang telah dilakukan sehingga menyebabkan orang lain terasa dan mengecilkan hatinya.

situasi sebegini selalu berlaku sebenarnya dalam kehidupan harian kita cuma kita ambil kisah atau tidak. kelebihan maaf ialah ia mendamaikan dua pihak yang bermasalah, iaitu dari bermasam muka je bermanis muka, dari tak bertegur ke boleh bergurau antara satu sama lain kesan daripada meminta maaf,

jadi saya nurul natasya binti ingin memohon maaf atas kesalahan yang pernah saya lakukan sama ada saya sedar atau tidak sedar bahawa saya telah mengecewakan semua orang.

Sunday, 29 November 2015

MY WEEKEND

assalamualaikum dan salam sayang semua rakyat malaysia !

so how do you do ? it is good ? or just so so . hahaha . weekend aku kali ni agak menarik ye. hmmm . hari sabtu pagi lepas subuh terus aku siapkan assignment yang sepatutnya lah tak tahu lah mana dapat mambang rajin pagi tu. hahhaha. then tengah hari tu tetiba my cousin rajin pulak nak amek keluar makan2 kat area bangi je. tu macam dalam perjanjian kat ws tadi . keluar je pintu pagar ukm diorang ajak tido kl . lawak ke ? dengan keluar sehelai sepiring , adoii sabar je lah nok .

malam tu my beloved cousin ni bawa g pulau carey kat banting. aku ingatkan restoren mewah ke apa ann sebab jauh bebenor sampai ke banting tu macam lah kat kl ta dak kedai makan. rupanya tu acah2 cafe atas air yang ada karoke keluarga. hmmm sepupu aku yang kecik tu apa lagi menguasai pentas lah. cer teka aku tanya ke tak  ? hmmm teka lah. hahahahha.  makanan nya not so bad lah 
tapi sejuk gila weh sebab tepi laut ann. hari ahad pulak aku hang out midvalley gan ana n jem. teman si ana ni nak tengok hunger game part 2. 


so point nya nak cakap kitorang Leepak gan stranger . yes stranger. 
aku datang lambat sebab diorang berdua dari ukm aku dari rumah lah. sesampai kat midvalley tu aku cari diorang . phone si ana no kena block phone jem line ta de. so sekarang aku nak call sapa ? menyiarap jugak lah aku ann.  sedang aku beratur nak beli chatime tetiba lagu dengar locked away . *ringtone myphone. hahhaha . no tak dikenali . aku pown jawap lah . pendekkan cerita dia lah stranger merangkap hero aku hari ni. hahahha nama nya ilman student upnm. kitorang duduk satu meja dekat carl.jr. sebab meja tak cukup an. serius ilman n the gang ni friendly sangat , kitorang gurau bagai macam dah lama kenal doh, bahan tak yah cakap memang perkara wajib ahh ann. tapi nice meet them.


otw nak balik aku singgah kedai mana tah nak beli topup . sampai je ktm aku sedar phone aku hilang ! ya tuhan rasa macam dunia ni tak indah kau tahu !  phone hilang weh ! sepantas kilat aku lari g kedai tu balik cari phone. alhamdulilah ada . tu pown tiga kali aku tanya owner tu baru dia cakap dia simpan phone aku. cer bayang kan si owner tu tak nak ngaku yang dia pegang phone aku . kau rasa apa akan aku buat apa. hello ni tasya dah confirm aku jerit minta phone aku balik.tapi apa2 pown memang 100% salah aku lah. okay that all my weekend . 

ni lah stranger nye. 

Saturday, 21 November 2015

SESUDAH EXAM

assalamualaikum dan salam ceria semua . hehe *bigsmile

baru je lepas habis exam microekonomi  pukul 3 petang tadi. pergh heaven kau tahu !
okay nak cite sebelum g exam tadi si 3 orang budak ni { me ryna jem} pergi lah lunch kat kolej pendeta zaba, tukar selera lah kononnya, hehe . pointnya aku nak cakap yang makanan nye harga memang murah gila dan berpatutan untuk student. laut yang ambil tadi sotong goreng tepung, cendawan goreng tepung and tafu jepun, dab harga aku expect ialah rm5 something macam tu lah tapi........ rm3,50 je kowt. alhamdulilah murah jimat duit akak ni hah.

lepas tu g lah jawap exam , boleh tahan soalan ngadenye. hehe tapi pasrah ja kan dah buat an.

sesudah lepas exam kitorang hang out  ! credit to haris sebab dia bawa 3 budak ni g taman ekuestrian putrajaya.  ada pertandingan kuda polo apa tah . sorry tak tahu menahu sangat pasal kuda ni.
sampai je terus aku serbu nak naik kuda tu sebab tak pernah naik kuda ualls nak lah try2 kan. murah jer rm5 satu round.

harga mampu milik
hhmm first time pengalama menunggang kuda . gayat lah jugak tapi macam seronok lah pulak. hehe

thank abang depan.

3 budak 

okay that all for today,



Saturday, 14 November 2015

KEMSIS

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

 hari jumaat minggu lepaskan aku ada join program fakulti iaitu kemsis stand for kem siswa siswi. kemsis ni macam program wajib setiap tahun yang akan dikendalikan oleh persatuan mahasiswa fakulti ekonomi dan pengurusan (pmfep). aku join program ni sebab nak support program fakulti dan aku bukan exco kpts di ulang ye sir azzwan saya bukam exco kpts jadi jangan benci saya pleaseeee. *merayu

sehari sebelum nak pergi tu ya tuhan ku serius malasgila sebab mood nak balik dah merasuk mindaku. terasa macam nak tarik diri je kowt.but just move on

hari pertama

phone kena ambil sihhh sepi lah tanpa handphone. aku kena mention sebab tak datang perjummpaan kemsis in fact jujur aku malas nak datang so aku pergi lah jaga bmart . then aku hampir jadi penghuluwati. what tasya penghuluwati ? memang lawak lah citenya. hhahahhaha nasib lah aku petik nama mean and mean jadi heroin aku.muaaahhh untuk mean !  malam nya tu bahagi kumpulan macam biasa dan nama kumpulan aku adalah wolverine. lepas bahagi kumpulan macam tu tengah malam sikit aktiviti nightwalk. mulanya aku taknak masuk kalau sorang2 sebab hutan hulu langat kowt. tapi masuk by group. mula2 perasaan fikir macam kowt tapi bila dah masuk .. hmmmm biasa ja tak seram mana pown mencabar adalah sikit. paling tak boleh blah bila owner tu kan kawasan just kebun je. okay ,mati2 ingat hutan besar.

hari kedua

aktiviti pertama police and thief went to jungle. aku mati awal sebab suspect mafia, hello apa jahat sangat ka muka aku ni . tapi aku tak kisah aku mati awal pown sebab aku boleh buli orang lain. hahahaha
*gelak ahlisihir*\

nie lah game nye dapat kacau abang ibraz. hahah padan muka dia
lepas aktiviti aku dah lupa namanya apa tapi bagi aku aktiviti ni paling best sebab kena cari satu nilai kebendaan the kena jawap soalah yang akan diajukan oleh juri aku amek peluang jadi presenter guy.  makin lama aktiviti macam jadi debate pulak. ya Allah gigil je pegang mic tu.

sebelah petang pulaj ada dua aktiviti satu berlakon. nak tahu wolverine dapat tajuk hang tuah hang jebat moden then latar belakang wad bersalin. maigodd buntu aku nak memikirkan wad bersalin. adududududu . and last berlakon spontan je. nak tahu tak aku dapat ,men of the match kauuu.

aktivi kedua explorace . hhmm  group aku kalah .




bersih je muka

sapa lah tolong make up kan aku ni
malam bye pulak ada ceramah motivasi pasal potensi diri dan pengarah program bagi kesedaran pasal parent. make it short aku kalau orang sentuh bab parent memag aku kecundang ahh .

hari ketiga

pagi war water and mandi sungai . yeahhhh




kmpians never fade
with pmfep mudah terhibur sekalian
stop sampai sini . kesimpulannya enjoy setiap apa yang kita lakukan .


Monday, 9 November 2015

2.6 STAR

assalamualaikum dan salam sayang semueheeha, semoga awak semua sihat selalu disamping keluarga tercinta. muahhh sikitt !

post ni akak nak share pasal salah satu video kat youtube ni yang dah jadi viral paling tak tahan terus masuk paper online. apakah ?



tengah baca news tadi then terjumpa story pasal amirudin hazadin yang nyanyi pasal lagu "mana hilang 2.6 bintang"

yes i know this issue quite sensitive but i don't want to debate about 2.6 or donation or whatever, simple just wanna share my own opinion

mungkin semua lirik yang ditulis adalah luahan hatinya sendiri yang mempunyai kebetulan dengan luahan hati orang lain juga. dia menguna cara dengan mengubah lagu untuk menyata ketidakpuasan hatinya terhadap ketidak stabilan politik sekarang yang telah memberi kesan secara langsung terhadap ekonomi negara kita. mahu atau tidak mahu kita sebagai seorang rakyat biasa yang turut terkena tempias yang negatif, sebagai contoh yang jelas harga barang meningkat sangat ketara. hhhmmmm dulu ada rm50 dalam tangan dah rasa kaya kowt tapi hari ni, hampeh........

tu je kowt dari saya, nanti cakap lebih2 berpolitik pulak, saya kongsikan keratan akhbar jadi boleh lah anda semua membaca yee.



moral of the story
# baca newpaper. hehe





Saturday, 31 October 2015

SYDNEY

assalamualaikum dan salam sayang semua

semua orang mesti ada angan2 pak pandir nak pergi holiday or honeymoon kat tempat yang lawa2 mahal yang indah mempersona suasana ceria kolej ku damai permai sentiasa *ehhh tu lagu kmp lah ngek* hahahaha tapi macam tu lah. tempat yang ada dalam mind kita mesti semua yang cantik2, nyaman, fresh air, murah, segalanya lah prefect 10 gitu. kan kan kan. 

okay minggu ni akak nak cerita tempat yang sangat sangat dan tersangat teringin akak nak jejak kaki adalah ..... jeng jeng sydney australia ! excitednya ! haha padahal baru angan2.
"okay why sydney ? sydney tempat tak cantik biasa2 ja kowt ? imanging lah g ora-bora ka europe or korea or what else place which is much better than sydney. kata syaitan kecil kepada tasya"

ohhh whatever but trust me i have my own reason. sebabnya since i standard 6 akak dah simpan niat nak sambung degree accounting kat australia lah. tapi tapi beribu kali tapi terpesong bila spm hancuss jatuh berkecai patah seribu hatiku
*lap air mata* .  haha. 
tapi tak pa tak leh sambung degree try lah master pulak kan. hidup jangan putus asa beb ! okay back to the topic. so that my first reason lah sebab aku nak  sangat belajar kat sana. 

second sebab dimata aku sydney cantik sangat. *sorry ta de huraian*

third sebab aku nak amek gambar kat brige tuuu . nak photoshot acah model gitu u alls.
 *bapak tinggi mimpi kau tasya*

gambar google ja. wait for the future


tu je kowt sebab aku nak sydney. sebab lain entah lah kenapa hati ku berkata sydney. or maybe sebab jodoh akak akan jumpa kat sana. ameen . hehe. rasa nya sampai situ je kowt sedikit perkongsian angan2 tinggi akak ni. haha so i will work hard to make sure my dream came true. my last words "sydney hang tunggu aku p nohh"

sedang bayangkan akak dalam feri tu

Friday, 23 October 2015

SEMI SIBLINGS




assalamualaikum dan salam sayang daripada saya, sebab saya sangat rindukan semi sibling so saya nak cerita serba banyak pasal semi sibling. 

SEMI SIBLING ? kenapa nama tu ? haha ramai yang tanya kitorang kenapa letak semi sibling kenapa tak sibling je ? 
okay sabar akak n abang sekalian meh sini sis tolong jawap . this is because we act like true sibling but we also realize that our parent never be same person. so it semi , separuh. 

there a lot sweet and bad memories that we created together. semi siblings just have fun together without realize that we are creating a solid memories, *tears begining* i miss you all badly 

by mizan


firstly i will introduce hirza hasniza which is wearing red bawal,  and believe or not i can't pronouns hirza name correctly . motif ? let be secret . she from sungai besar selangor
 [city girls] apa yang aku tak boleh lupa pasal hirza adalah peragai over manja nya . ya tuhan ku sabar je lah. sampai nak order makanan pown aku yang kena . okay faham manja. haha tapi aku tak kisah pown sebab aku kan baik tak kisah kau peragai macam mana pown aku tetap sayang kau. then hirza ni budak hot staff tak lepas hot sentap. serius. 

cakkkkkkk ! 


the only one guy was haziq hamizan . he can be a abang and adik. we call him mizan. dia ni lah gila 
k-pop. mizan have 2 big characters . as i say early he can be abang when semi simbling face a problem obviously he will handle and try to calm me and other member. tapi paling menyampah dia buat peragai budak2nya rasa nak lempang je. hahaha. mizan ada dua function 1 dia akan jadi cikgu math sebab dia pandai gila math. second he can be our photographers motif ? sebab mizan iphone user. and he did this job very well. btw mizan from negeri sembilan
*rindu kau membebel mizan !*

third is zaza from teluk intan perak . nama zaza tu pown aku yang bagi sebab nama sebenar dia nazatul shuhada . panjang sangat bagi aku. zaza ni boleh manja jugak ahh macam si hirza tu cuma beza nya hirza macam okay sikit . yang zaza ni ada penyakit blur lem2. hahaha
 *kau kutuk zaza tasya* 
sebab tu suka kawan dia . hehe tapi zaza sangat baik serius cakap suka teman orang g mana2. dah lah lawa muka acah arab sikit. sikit je lah. tak banyak .zaza ini okay tapi sopan sangat.... makan pown sopan santun dia lah makan paling lambat habis. aduhh kira butir nasi mungkin . 

suatu ketika dahulu


syidangggg . haha syida ni budak ganu . aku lah suka ngejek dia cakap ganu hooookkk. hahaha comel je budak kecik sebab dia lah paling kecik kat kmp , sekali tengok macam budak darjah 6 je tapi dah boleh kahwin. syida ni matang lah jugak and pandai serta rajin orangnya, admire dia memang ramai ahh biasalah orang lawa annn. satu peragai pasal syida yang aku suka dia ni sangat selamber dan tak sama macam aku mengamal prinsip pergi mampos . macam kasar kan ? adalah sikit. 
mana tak nya dia boleh keluar pergi cafe pakai telekung je ? tak selamber ke tu ? hahaha 

hirza zaza mizan syida . nama yang buat aku senyum buat aku gila dan tak lupa yang buat aku bertambah gila. tak tahu nak cakap macam mana tapi rindu sangat gelak mengilai korang, muka blur korang, niat nak kenakan zaza . haha sangat rindu gaiss 

last but not least aku share gambar human flags gan faruq abang sadooooo . nanti aku nak ajak dia buat kat tiang fep pulak .hahaha.

hirza syida tasya zaza

#throwback in the morning study week for second semester 







Thursday, 15 October 2015

SIKAP PELAJAR

murid ? pelajar? mahasiswa ?  percayalah semua perkataan ni membawa maksud yang sama iaitu penuntut ilmu . yang membezakan hanya tempat dan cara mereka menerima pembelajaran tersebut.
semua orang akan malah pernah menjadi pelajar atau mungkin mempunyai sejarah manis atau pahit sebagai seorang pelajar. saya ingin berkongsi beberapa sikap pelajar yang saya perhatikan atau mungkin lebih tepat sekali sikap saya. 

pertama dalam kelas 
ada pelajar yang suka duduk depan atas beberapa sebab. satu sebab nak fokus, dua sebab rabun tapi malas pakai spec, tiga sebab nak perhatian cikgu. pelajar yang duduk belakang pulak sebab tempat depan dihadapan dah habis. haha sapa suruh datang lambat, dua sebab pelajar ni nak menyembang dan tak pasti boleh siapkan homework atau tak. so amek keputusan duduk belakang adalah tepat. satu saya kagum sikap pelajar adalah kerjasama yang erat. hal ini dapat dilihat apabila mereka tidak menyiapkan homework dan apabila ditanya oleh guru sama ada diberi homework atau tidak, automatik secara serentak degun dengan intonasi yang harmoni menjawap TIDAK. ini sikap pelajar

kedua peperiksaan
hmmmm percayalah pada saya yang serba kekurangan ini perkataan peperiksaan amat dibenci oleh pelajar . arlegik habis ! salah satu sikap pelajar yang saya nak kongsi adalah  cara buat rivision. 
selalu para akan sedia maklum tarikh peperiksaan tetapi hanya segelintir sahaja yang cakna mengenai hal seperti ini dalam erti kata lain hanya budak nerd. kebanyakan pelajar mengambil keputusan untuk study last minute sebabnya mereka beranggapan kalau study awal mereka akan lupa jadi nampak disini yang pelajar belajar hanya untuk peperiksaan sahaja. ini perkara biasa .selain itu ada juga pelajar yang masih dibuai mimpi dengan alam maya disaat peperiksaan menjelang. mungkin belum dapat hidayah. disampimg ada juga pelajar yang bercadang untuk meniru kawan atau membawa masuk nota. hmmm bab meniru saya sangat tidak boleh terima. tidak ketinggalan juga sikap pelajar yang menyerah dan berputus asa sebelum hari peperiksaan. berharap soalan spot juga sikap abadi para pelajar. namun begitu ada juga pelajar yang membuat persedian dengan rapi dan sedia menghadapi kertas peperiksaan.  jadi inilah sikap pelajar.

saya rasa cukup dua situasi sahaja mengenai sikap pelajar . tapi percayalah masa bergelar seorang pelajar adalah saat yang sangat seronok dan banyak memberi pengajaran hidup di luar sana. 
enjoy and finish your study. 


Friday, 9 October 2015

TINGKATAN SATU

"mak tak mau stay asrama. tolong lah mak. tak mauuuuuuuuuuuuu ! mak kat asrama tu banyak hantu kena basuh baju sendiri kemas katil sendiri nak makan pown kena jalan jauh pastu kena ikut peraturan yang banyak gila."
"abah tak sayang kakak ka ?" 

antara soalan ar yang dikemukakan oleh aku kepada kedua ibubapa yang memaksa aku masuk asrama, punyanya aku buat reka and buat macam2 agenda sebab tak mau masuk asrama tapi semua hampeh. kena masuk jugak.. so jangan tanya lah kalau seminggu aku pernah menangis sebab nak balik rumah.  rasa macam anak tiri dohh  bila stay asrama.masa tingkatan satu memang nasiblah dapat akak2 senior yang ketagih kehormatan daripada para junior. bukan nak cakap ar tapi time form 1 muka aku lah yang selalu hadap muka senior dalam erti kata lain gaduh. mana tak nya senior marah junior suruh respect bagai tapi dalam masa yang sama senior layan kami macam erkkkk....... aku ni dah lah manja tapi gentle sikit hahaha. style aku. aku cukup pantang kalau aku hormat kau tapi kau layan aku macam aku ada buat salah kesalahan besar . kau nak aku sanjung kau ke ? hahaha ayat ni jugak aku pernah lontarkan dihadapan muka senior. sapa suruh cari pasal gan aku. ye lah kalau aku cakap senior kurang pandai kan susah pulak. okay contoh aku cita benda betul. ada seorang kawan baik aku tersepak baldi akak senior ni sebabnya kawan aku ni golongan rabun. kalau kau g mandi pakai spec ke? tak ann.nak dijadikan dipendekkan cerita si sue ni kena perli kat rocall. menangis kawan aku tu jenuh pulak aku nak pujuk dia. sebenar banyak je lagi tapi biarlah  rahsia. itu semua kat asrama ja tapi bila pergi sekolah aku enjoy je seronok pernah sekali rasa macam nak tido kat sekolah tak nak balik asrama, hahaha lol. zaman pemikiran pra matang. so moral of the story para senior tak payah lah nak bajet sangat yang korang tu good2 je, junior masuk alukan kedatangan junior beri tunjuk ajar, cakap elok2 sebab diorang baru nak belajar berdikari tanpa ibubapa. last apa yang bestnya parent korang akan memenuhi segala permintaan korang. this is the best part. 


Thursday, 1 October 2015

AIESEC

what is A.I.E.S.E.C ?


AIESEC is one of the world's largest non profit organization run by student which give opportunity to young people gain important experiences and skill, to make different and to change the world. mainly aiesec is about leadership, volunter and internship all over the world. okay dah cukup berbahasa inggeris haha . aiesec ni memang global so mesti lah susah sikit nak join aiesec member. but once you get join aiesec you will the lucky person because there are so many benefit will you get and very useful to your future . so aku pown try lah cuba nasib gak. hehe
firstly pergi aiesec night kat dk1 fep. 
so this is my boarding pass for aiesec night

lepas dengar pasal aiesec ni aku pown tertarik lah nak join atas sebab tertentu so just apply the form  mak ainn banyak gile soalan kena jawap. dalam aiesec kena ada berapa 5 department kalau tak salah so kena pilih 2 . aku pilih marketing department and talent international department . at 29.9.2015 dapat mesej kena interview untuk sesi 6-7 p.m. takut + tak ready punya pasal aku pown minta tukar masa ke sesi 9-10 p.m. tapi sesi ni pown aku tak pergi sebab betul tak sedia lagi. siapa tak cuak wehh fully english  dah lah english pown cukup makan ja.then dapat peluang aku pergi esok hari time 8-9 p.m kali ni aku betul2 pergi siap  pakai baju kurung lagi sihh. haha.  cara interview aiesec ada dua . satu group assement satu lagi face to face. group assement have to discuss about the topic will given. so my topic for last night was gender inequality. 5 member in the group in 15 minutes. masa temuduga individu tu okay lah just like chit chat tapi dia tengok jugak cara kite jawap soalan. jangan risau soalan yang sama ditanya 1- perkenalkan dir2- kekuatan dan kelemahan3- kenapa pilih aiesec4- apa yang diharapkan dari aiesec 
itu memang soalan asas lah, yang lain dia tanya pasal pernah kita join mana2 organisasi dan cara kita berkerja dalam kumpulan.jadi saya hanya menjawap semua soalan dengan tenang dan berdasarkan pengalaman hidup. kalau dapat alhamdulilah  kalau tak dapat pown tak kisah, rezeki masing-masing. so siapa yang nak pergi interview tu pergi lah. jangan takut2 macam saya yee


Friday, 25 September 2015

BERSYUKUR

assalamualaikum dan salam sejahtera semua . syukur alhamdulilah kita masih diberi kesempatan oleh maha pencipta untuk menerus kehidupan di muka bumi yang sungguh indah ini. alhamdulilah jugak kerana kita dikurniakan kehidupan yang sempurna, makanan yang enak, tempat tinggal yang selesa, kereta mewah, pekerjaan bagus dan banyak lagi kenikmatan yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. namun amat sedeh apabila ada segelintir daripada saudara islam kita yang lupa akan Allah apabila mereka sedang dalam kesenangan. mereka lupa dari mana mereka mendapat rezeki malah ada jugak yang mengaku kejayaan mereka dari usaha mereka sendiri tanpa pertolongan Allah. . masyaAllah . bertapa egonya orang ini. apa salahnya kita amalkan konsep give and take. Allah berikan kita kesenangan di muka bumi ini dan kita membalas dengan taat kepada Allah dan meninggalkan segala laranganNya. in shaa Allah kita akan mencapai kemanisan iman. dan akhir daripada saya seorang manusia yang tidak pernah lari dosa ingat lah "dunia hanya tempat persinggahan manakala akhirat kekal abadi selamanya" . sekian saja daripada saya sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri .