assalamualaikum dan salam sayang semua, semoga sihat dalam menjalankan kehidupan harian anda semua. minum lah yakult, cehh promote lak.
entry kali aku nak bercerita pasal silat cekak ustaz hanafi (SCUH), pada mula aku excited nak ambil citra SCUH ni kat ukm lah kan. salah satu sebabnya aku nak belajar senin bela diri, zaman sekarang ni macam-macam yang berlaku especially girl, real or not real ?
jadi that my first reason lah, second sebab someone. hmmmmm hahaha okay old school story. SCUH adalah warisan ustaz hanafi yang merupakan seorang ustaz suatu ketika dahulu, jurulatih aku pernah tanya soalan yang hanya dia saja tahu jawapan, *coz at that time we are newbie.
"kenapa ustaz hanafi nak ajar silat sedangkan dia seorang ustaz?"
so what do you think ? antara sebab nya ustaz hanafi nak sebarkan ilmu yang dia ada disamping mencari pendapatan tambahan tetapi dalam kontek dakwah. itulah hebat ustaz hanafi. SCUH ini ada 3 peringkat :- jatuh, potong, tamat -:
dan SCUH ada 21 buah yang perlu dipelajari, antaranya
- buah pertama
- keputusan gayong petani
- keputusan sendeng atas
- buah kilas belakang
- buah kilas hadapan
- buah kidung kiri
- buah kuntau jatuh
- buah kuntau kiri & kuntau kiri gantung
- buah kuntau kanan gantung
- buah hentak or keputusan silat harimau
- buah ali patah atas
- buah ali patah sudah
- buah selendang
- buah gari & gari gunting
- buah paras
- keputusan pasung kemanga
- keputusan terlak
- keputusan lintau
- buah hempok
- buah luncur
- buah siku potong
hah cukup 21 kan. one more SCUH ada kenakan yuran, mengikut peringkat, jatuh rm 55, potong rm110, tamat rm75. kalau nak bayar sekali gus untuk ketiga-tiga peringkat ni rm 200 sahaja.
SCUH ni best sebab dia mengajar kita sikap rendah diri sekali gus agak islamik , tenaga pengajar akan selalu ingatkan kita dekat diri dengan Allah dan berbuat kebaikan untuk semua orang.
korang mesti pernah dengar pasal silat cekak pusaka hanafi, silat cekak malaysia and so on. so apa beza nya ? soalan ni aku pernah tanya, dan jawapannya ialah ada satu berperbezaan iaitu, guru, yes guru yang membezakan silat cekak hanafi. buah nya lebih kurang sama sahaja.
tengok lah video ni supaya korang lebih tertarik untuk belajar SCUH ni. selalu diingat oleh guru aku jugak ,tetaplah niat untuk belajar kerana Allah, in sha Allah dipermudahkan.
kredit to abang hafiz. hehehe
No comments:
Post a Comment