Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Tuesday, 12 April 2016

#HENSHINMAHASISWA

Hai semua, hari ni aku nak review satu lagi buah buku yang rajin aku baca. Haha rajin sangat. #HENSHINMAHASISWA. Hmmm tak tahu kenapa tapi memang aku tertarik gila nak beli buku ini dan membaca. N shahrul pown terkejut tengok aku baca buku #henshin.
Okay untuk pengetahuan awak semua henshin bermaksud perubahan. So lepas ni jangan tanya aku kenapa aku berubah. In Shaa Allah

Okay #HENSHINMAHASISWA sangat recommended to all mahasiswa or bakal mahasiswa. Serius talk. Sebab penulis buku ni Eqhwan pelajar tahun 3 UM maybe sebab tu aku rasa buku ni macam boleh ngam aku sebab yang tulisnya student jugak. Kire macam saling memahami gitu lah. hahaha poyos setika.



Why I adore this book
1-      #HENSHINMAHASISWA menceritakan tugas or what should we do at university from the first day we are mahasiswa. It just simple advise but sumpah terasa sampai ke hati kecil yang sukar diusik.
2-      #HENSHINMAHASISWA menjawap segala persoalan yang sedang bermain minda dalam pelbagai aspek. Mahupun dari segi kewangan atau hala tuju memasing
3-      #HENSHINMAHASISWA ada tips macam mana nak jadi mahasiswa mukmin
4-      #HENSHINMAHASISWA mengajar kau macam mana kau nak bahagi masa 24 hours dengan projek or assignment or class or whatever activities
5-      #HENSHINMAHASISWA ada jurnal pasal politik kampus, so yang mana kurang faham or jenis malas nak tahu pasal politik kampus better korang baca buku ni sebab ada kepentingan disebaliknya.
6-      #HENSHINMAHASISWA ada jugak unsur mencabar diri kita untuk explore dunia yang mana maksudnya buka lagi ulat buku semata.
7-      #HENSHINMAHASISWA ada sentuh bab cinta.  Hahaha  hadam bab ni sebaik mungkin.
8-      #HENSHINMAHASISWA sering mengigatkan kita supaya mendekatkan diri kepada ALLAH dan pencipta. Sangat menyentuh plus sedikit kesentapan dan boleh memberi kesan kepada diri kau.

So korang semua memang patut baca buku ni. Boleh tambah ilmu pengetahuan dan motivasi belajar korang.



#HENSHINMAHASISWA

From Jahiliah To Jannah!

Saturday, 13 February 2016

KERJAYA HARTANAH

assalamualaikum n hello everyone 

Masa kat matrik dulu bila nak  pilih course apa yang aku nak amek kat university nanti, bidang hartanah dalam dalam senarai teratas aku after accounting.So aku pown buat lah research sikit pasal hartanah then aku terjumpa satu blog ni yang menceritakan kerjaya seorang hartanah, to make it short  he suggest me to read a book from Robert T.Kiyosaki which is the title is “rich dad poor dad” come on lah sapa tak kenal dengan pengarang bestseller ni.




“Kongsikan ilmu yang kamu dapat daripada buku ini dengan anak-anak kamu, supaya mereka juga bersedia menghadapi kehidupan pada masa akan datang”
Hah ni apa dipesan oleh Robert T.Kiyosaki oleh sebab aku masih single meh sini aku nak kongsikan dengan korang semua.

Buku ini mengandungi 9 pelajaran yang amat berguna dan tak ternilai. Kesemua pelajaran ini tidak akan korang dapat alam bilik kuliah di mana-mana institusi pendidikan.

Pelajaran 1: orang kaya tidak berkerja untuk wang
Pelajaran 2 : kenapa perlu belajar pendidikan kewangan
Pelajaran 3 : jaga bisnes sendiri
Pelajaran 4 : sejarah cukai dan kuasa syarikat
Pelajaran 5 : orang kaya mencipta wang
Pelajaran 6 : kerja untuk belajar bukan demi wang
Pelajaran 7 : mengatasi halangan
Pelajaran 8 : bermula
Pelajaran 9 : mahu lag ? ini senarai apa yang patut dibuat

Satu perkara yang aku share ialah bayar diri sendiri dahulu baru bayar orang lain. Kerana dirimu bergitu bahagia, hah gitu. Let go to example senang sikit korang nak faham. Bila kita dapat gaji bulanan hasil daripada titik peluh sendiri kita award diri kita dulu, pegi short vocation or shopping baju baru or bagi parent or apa ja lah tapi dalam konsep “bayar diri sendiri” gunakan duit gaji yang korang dapat. Then baki lepas bayar diri sendiri baru digunakan untuk bayar bil astro, internet, air, elektrik, kereta, rumah or whatever yang berbentuk bayar kepada orang lain.

“memang tak cukup lah nak bayar semua bil kalau guna teknik”

Sat2 sabaq sat, jangan gelabah sangat. Sebab tu rich dad suruh bayar diri sendiri dahulu. Ini bukan nak menggalakkan anda semua bayar bil lewat or tertangguh but it as motivate to all of you. Bila anda semua bayar diri sendiri dan tak cukup duit untuk bayar bil secara automatic aset terbesar iaitu minda anda semua akan mula berfungsi dan menjana idea untuk mencari duit lebih supaya dapat membayar kepada orang lain. Dari sini anda akan mula berfikir bagaimana hendak keluar dari masalah ini dan in shaa Allah gunakanlah minda yang dikurniakan dengan bijak untuk bertindak.
Sebenar banyak lagi ilmu ada dalam buku ini. Dan kalau korang nak tahu Robert T.Kiyosaki adalah seorang usahawan pendidik, pencipta permainan cashflow, pengasas rich dad company dan penulis buku bestseller pasal kewangan selain orang kaya yang bijak pasal hartanah. Buku ini boleh dapatkan di semua kedai buku seluruh Malaysia. Hehe dengan harga yang berpatutan iaitu rm21 sahaja bagi semenanjung dan rm24 untuk sabah Sarawak. Okay bye keep reading my blogs if anything just leave your comment.

“kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah, tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kenapa kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita”
-Robert T.Kiyosaki-