#fittouchmalaysia |
okay lepas dah sampai kolej balik bilik kedebommmm lompat atas katil . haha acah2 penat tapi memang penat pown. masa dalam bilik tu pulak tetiba kak jannah boleh pulak bukak cerita hantu pasal histeria saka bagai ni aku dah cuak dah tapi macam biasa kita buat relax ja. #tadehalbro. disebabkan penat so secara tidak sengaja tertidur sebentar. haha sebentar ajaaa, yang paling tak leh blah bila aku mimpi pasal apa yang dicerita tadi tu. huh seramchit walaupun disiang hari. aktiviti ketiga kena tugas bmart 4 jam dari pukul 3-7 p.m . okay sekarang cerita pasal bmart pulak selalu nya hari minggu tak ramai sangat so aku dengan aiman just relax layan youtube. then tetiba dalam pukul 6 p.m ada orang nak liminate . hahahahahaha yang ni lawak tak cerita lagi aku gelak. so aku yang liminate kertas tu sebab aiman tak pandai. aku yang acah2 pandai ni pown buatlah kerja tu then masukkan kertas yang nak liminate tu pastu kertas tu tak keluarrrr...... aku dah gelabahh kenapa kertas tu tak keluarrr tak kan magic kowt tetiba hilang .hahahaa funny . macam2 cara aku buat nak keluarkan kertas tu balik sebabnya takut mt bmart marah. a the end boleh jugak keluarkan tapi kertas tu dah rosak hmmmmm rasa bersalah gila dekat customer time tu aku terus minta maaf berkali kali. nasib baik customer tu okay je. hhmm apa aku buat ni ?
next aktiviti lepas magrib ada meeting B.O.X.S stand for bmart online eksklusif sell. boxs ni macam bmart akan menjadi orang tengah untuk korang nak jual barang terpakai yang dah tak nak guna tapi sayang nak buang so boleh bagi bmart tolong jualkan. bmart akan amek 10% komisen daripada harga kos yang penjual tetapkan .tak kisah barang apa pown dengan syarat barang itu terpakai dan bukan makanan .it simple right. for more detail like lah page l love bmart kab . click link ni
(https://www.facebook.com/I-love-Bmart-Kab-1489315111348280/timeline/ )
lepas habis meeting aku g makan kat kiosk dengan jem then sofea nak ikut so kami makan 3 orang. aku dengan jem biasalah peragai gila tak boleh tinggal mesti bawa. hahaha . waktu makan tak yah cita ahhh. time jalan balik sofea buat pengakuan "ehh korang ni best lah, ada insta?" dan time tu aku hanya mampu tersenyum sambil tergelak, hahaha. mana taknya baru first time keluar makan gan si sofea tu aku dah menyembang gan dia macam 20 tahun kenal. ye lah kami kan KAB'S family. last but not least aku nak share berita yang tak gembira sangat lah hehe aku dapat interview untuk jadi exco kelab tahun satu fep . baru interview kalau dapat alhamdulilah kalau tak dapat pown tak pa. rezeki masing-masing yang penting usaha . wish me luck for interview on monday. #cubanasib.
jadi ini lah cerita 10.10 aku . seronok kan ? plus hari yang memenatkan tapi tak pa aku masih ada esok untuk memanjakan diri . moral of the story just relax and stay cool melalui hari-hari anda semua yang penting stay crazy [big smile] semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
assalamualaikum dan selamat malam semua. mimpi indah .
No comments:
Post a Comment