Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Berdasarkan pengalaman saya program mentor mentee sudah biasa dalam kalangan kita kerana sejak dari bangku sekolah lagi kita akan didedahkan dengan program seperti ini. semasa saya di sekolah rendah mentor pertama saya bernama nur hidayah merupakan seorang ustazah yang baik dan lembah lembut perwatakan. apabila di sekolah menengah pulak mentor saya ialah puan marry janet seorang guru bahasa inggeris. perwatakan beliau seperti seorang ibu yang sangat penyayang .di peringkat matrikulasi pula encik yusni pula berpeluang menjadi mentor kepada saya. beliau lah satu-satu nya mentor lelaki yang saya pernah ada. dan akhirnya di peringkat universiti pula prof.madya dr. yazrina yahya. jadi yang menjadi persoalan adakah program mentor mentee ini berjaya mencapai objektif dengan berkesan ? berkesan atau pun tidak ia bergantung kepada mentor dan mentee itu sendiri untuk membuat perjumpaan atau perbincangan dalam bentuk formal atau tidak formal.
antara kebaikan daripada program seperti ini kita dapat menimba ilmu atau berkenalan dengan orang hebat-hebat selain guru-guru kita yang lain di luar bilik kuliah. kebiasaan nya para mentor yang banyak pengalaman dan ilmu akan memberi kita tunjuk ajar mengenai sesuatu perkara. kita boleh gunaka mentor untuk berkongsi masalah yang kita sedang hadapi malah boleh juga berkongsi kegembiraan bersama. dalam erti kata lain mentor juga boleh dikatakan peganti kepada ibubapa kita untuk terus memberi nasihat dan tunjuk ajar ketika kita lupa. saya yakin apabila mentor dan mentee sama-sama turut memberi komitmen percaya lah program seperti sangat berbaloi dan wajib dilaksanakan di semua peringkat termasuk alam pekerjaan.
No comments:
Post a Comment